Khamis, 21 Jun 2012

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Laman Bestari SK Kubang Kerian 2: Kem Kecemerlangan UPSR

Posted: 16 Jun 2012 06:29 AM PDT

Sk.Kubang Kerian 2-Tanggal 13 dan 14 Jun 2012,satu Kem Kecemerlangan UPSR bagi sesi 2012 telah dilaksanakan di Dewan Kuliah 6 Hospital Universiti Sains Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan.Antara pengisian program ini adalah berfokuskan kepada Teknik Menjawab Soalan-soalan teras UPSR yang dikendalikan oleh para pemeriksa kertas yang mahir dalam bidang tersebut.Beberapa orang Guru Pakar dan pemeriksa kertas soalan telah diundang khas.Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh Ustaz Abdul Halim b Razali,diikuti dengan Majlis perasmian oleh YDY PIBG Skkk2,En.Raisnan b Daud,diikuti dengan taklimat program,sesi ice breakjing dan muhasabah diri  oleh En.Faizul Afzan B Mamat,kemudian pada jam 10.00 hingga 12.00 tengah hari,diikuti pula dengan Teknik Menjawab Soalan  Bahasa Melayu ( BTM Bahasa Melayu ) oleh Tuan Hj Muhamed Asri B. Ibrahim dari Sk Tapang.Majlis berhenti rehat untuk memberi laluan kepada para pelajar menunaikan solat zohor dan makan tengah hari.
Slot seterusnya diisi dengan sesi ceramah motivasi oleh Tn Hj Ahmad Termizi B Hj Musa,ketua sektor Psikologi dan Kkaunseling JPN Kelantan.Majlis ditangguhkan tepat jam 4.30 dan bersambung pula pada hari ke dua.
       Di hari ke dua,sesi kecemerlangan dimulakan dengan Teknik Menjawab Soalan Matematik (BTM Matematik ) oleh En Rosli B Md Zin dari Sk Demit,diikuti oleh Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris ( BTM BI ) oleh Puan Azizon Bt Ab Aziz dari Sk. Sungai Petai.Semoga  Kem Kecemerlangan UPSR yang diadakan pada kali ini akan dapat menjadi garis panduan serta membantu bakal calon UPSR 2012 dalam menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan menjelang  UPSR nanti.Sekalung tahniah diucapkan kepada jawatankuasa" Kecemerlangan Akademik" dalam menjayakan program yang berprestij ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads