03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
18 – 17 BN Mengatasi PAS <b>Di Kelantan</b> | Kickdefella Posted: 13 May 2012 10:22 PM PDT Barisan Nasional Kelantan merasakan mereka berpeluang untuk menubuhkan kerajaan baru di Kelantan pada pilihanraya negeri kelak. Berdasarkan pengamatan saya, BN Kelantan kelihatan berpeluang untuk dipilih di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri. 18 kerusi tersebut ialah,
10 daripada kerusi ini berada di kawasan Kelantan Selatan dan dibawah Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Jeli. Kesemua 18 kerusi ini melainkan N35 Kemuning dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRN 2004. BN kemudiannya tewas 11 daripada kerusi-kerusi DUN tersebut di dalam PRN2008. Bagi menubuhkan Kerajaan Negeri, BN perlu menang sekurang-kurangya 23 kerusi daripada 45 kerusi dalam DUN Kelantan. Untuk itu BN perlu memenangi setidak-tidaknya 5 lagi kerusi daripada 10 kerusi yang mampu diusahakan oleh mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
Kerusi berikut dari senarai di atas diwakili oleh BN dalam PRN 2004,
BN Kelantan juga telah memenangi kerusi N12 Pengkalan Pasir di dalam pilihanraya kecil 2005. Walaupun tewas di dalam PRN 2008 dimana diperingkat nasional tercatat sebagai prestasi terburuk BN dalam semenjak 1974, BN Kelantan sebaliknya mencatat penerimaan undi yang lebih baik di 8 daripada 10 kerusi DUN ini dalam PRN2008. Oleh yang demikian, jika dibandingkan prestasi terburuk PAS di Kelantan dalam PRN2004 dan prestasi terburuk BN, BN Kelantan tetap mencatat keputusan pungutan undi lebih baik di kerusi-kerusi tersebut berbanding PAS. PAS Kelantan pula bersandarkan kepada 17 kerusi selamat mereka untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang diwakili mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
Kebanyakan kerusi ini terletak di 3 Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pengkalan Chepa. Kerusi-kerusi DUN tersebut sudah menjadi kerusi tradisi bagi PAS sehinggakan sudah hampir mustahil untuk mereka kehilangan kerusi ini, melainkan jika mereka kehilangan tampuk pemerintahan mereka di Negeri Kelantan terlebih dahulu. PRN akan datang bakal menyaksikan pertembungan jentera veteran berpengalaman luas PAS dengan jentera muda BN yang diketuai oleh beberapa hulubalang berpengalaman luas. Jika bersandarkan kepada arus perubahan pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk mencatatkan keputusan yang baik berbanding PRN2008. Tetapi apakah mereka mampu mendapatkan keputusan yang lebih baik dari PRN2004 bila mereka memenangi 21 kerusi? Sebenarnya sejak kebelakangan ini politik Malaysia dipekakkan oleh kebingitan suara pembangkang yang amat kuat sekali. Bagaimanapun kebisingan bukan bermakna ia datang dari kelompok yang ramai. Namun ia tetap boleh membawa kesan negatif terhadap kewarasan dan perhitungan seseorang individu. Walaupun jentera BN Kelantan kebelakangan ini kelihatan memberangsangkan tetapi juga berpotensi menempa bahaya. Dengan semangat yang kuat, jentera yang kurang berdisiplin akan bertukar menjadi 'aggah' atau angkuh. Bibit-bibit keangkuhan itu sudah mula bercambah di dalam media baru terutamanya Facebook dan Twitter milik individu-individu tertentu yang rapat dengan UMNO Kelantan. Fitnah dan dakwaan tidak berasas di angkat seperti firman Illahi. Menewaskan PAS di Kelantan seperti satu kewajipan menumpaskan tentera Jahiliyah dalam Perang Badar. Slogan dilaungkan seperti didalam Perang Salib. UMNO Kelantan sendiri perlu berhati-hati didalam penggunaan perkataan-perkataan untuk mengisi majlis, program dan terbitan bercetak mereka. Mereka harus sedar Negeri Kelantan bukan untuk diperintah atau ditawan. PRN akan datang sekadar menentukan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri. Kalimah perintah dan tadbir, tukar dan ubah, tawan dan dipilih mempunyai perbezaan yang ketara. Melihat tekanan kuat dari BN, PAS Kelantan akan berlembut dan bertanya kepada kepimpinan UMNO dan rakyat, Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau? Sudah tentu orang-orang muda dalam BN Kelantan mempunyai seribu satu jawapan yang menusuk kalbu, tetapi apakah itu jawapan kepada persoalan PAS? |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan