Khamis, 28 Jun 2012

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


putra merdeka: Lebih 40000 Rakyat Sambut PM <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2012 08:11 PM PDT

Kehadiran Perdana Menteri di Gua Musang dalam program Komuniti Rakyat 1Malaysia pagi ini disambut meriah oleh rakyat di sekitar hulu Kelantan itu. 
Terdahulu Kuli dalam ucapannya mengharapkan ribuan rakyat yang hadir membuktikan sokongan sebenar rakyat Kelantan kepada UMNO dan BN. Kuli juga meminta PM membina highway dari Gua Musang ke Kota Bharu kerana kesesakan yang teruk sehingga 8 jam setiap kali musim perayaan berlangsung.

PM dalam ucapan perasmiannya sebentar tadi mengatakan bahawa beliau merasakan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan pagi ini merupakan gambaran jelas bahawa rakyat mahukan perubahan pentadbiran Kerajaan di negeri tersebut.
PM memuji kehadiran ribuan rakyat yang berhimpun di Gua Musang ini kerana boleh berhimpun secara aman! bukan seperti setengah pihak yang menganjurkan perhimpunan haram dengan membuat rusuhan dan mahu menggulingkan kerajaan! puak bersih lebih teruk dari beruk di hutan Gua Musang!
PM kata bersedia untuk menimbang permohonan membina highway di Gua Musang, malah keperluan air bersih dan banyak lagi pembangunan akan dapat dilaksanakan jika UMNO/BN berjaya menjadi pilihan majoriti rakyat Kelantan dalam pilihanraya akan datang.
Gua Musang dan Jeli mestilah menajdi contoh dan merupakan asas dalam usaha menawan kembali negeri Kelantan! Sokongan hadirin dalam ucapan PM menggambarkan semangat yang tinggi dikalangan rakyat yang mahukan perubahan!
'Kita tak pernah kacau PAS selama 22 tahun memerintah Kelantan...kita tak perlu berdemo ke Pejabat Menteri Besar walaupun kita mampu buat! kita tak mahu menang pilihanraya kerana menipu! kita mahu menang secara adil' - PM

Lebih 100 rumah, kedai akan dibina <b>di Gua Musang</b> | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2012 05:11 PM PDT

KOTA BHARU: Bandar Gua Musang bakal berubah wajah apabila beberapa buah projek yang membabitkan pembangunan bercampur bakal dibangunkan bermula tahun ini.
Projek yang mengandungi dua fasa itu dimajukan sebuah syarikat swasta True Impression Sdn Bhd dengan Majlis Daerah Gua Musang yang membabitkan tanah seluas 16.7 ekar di Bandar Lama Gua Musang.
Majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak itu disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah hotel, di sini semalam.
Majlis Daerah Gua Musang diwakili Yang Dipertuanya, Mohd Yusof Hussin dan Ketua Whip MDGM, Hussin Embong.
Manakala syarikat berkenaan diwakili dua orang Pengarah Urusannya, Rusnifa Wahid an Tan May Wee.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 33 buah unit rumah, 18 unit rumah kedai akan dibangunkan untuk fasa pertama ini.
Tambahnya, manakala fasa kedua pula akan dibina 73 unit rumah teres disamping beberapa lagi pembangunan lain bagi menampung keperluan masyarakat di situ.
"Gua Musang sebagai sebuah jajahan pintu masuk ke negeri ini perlu disediakan pembangunan yang teratur memandangkan ianya menjadi tarikan pelancong,"ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads