Sabtu, 23 Jun 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Pembinaan Lebuhraya KB-KK Helah Politik Kaut Balak | Detik <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2012 07:04 AM PDT

Oleh IZZ MIQAEL 
 
BACHOK – Perancangan kerajaan negeri Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Bharu- Kuala Krai didakwa hanya retorik semata- mata untuk memancing undi musim pilihan raya disamping mengaut hasil balak di daerah tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuh raya tersebut yang memerlukan kos berbilion ringgit.

Menurutnya, sekiranya ia diserahkan kepada kontraktor swasta sekalipun, ia tidak akan mampu ditukar dengan pemberian tanah atau konsesi balak yang terdapat dilaluan tersebut.

"Kos untuk membina lebuh raya itu terlalu tinggi dan memerlukan pinjaman bank untuk pembinaannya. Tambah mustahil apabila ia dikatakan lebuh raya tanpa tol.

"Ia adalah helah politik yang menguntungkan mereka apabila musim pilihan raya semakin hampir. Ia juga adalah taktik untuk mengambil balak yang terdapat banyak di kawasan laluan dirancang.

"Sekiranya balak dan tanah di kawasan tersebut diserahkan kepada pihak kontraktor swasta sekalipun kos itu tidak akan mampu ditampung untuk pembinaannya. Kos itu meliputi harga hartanah separuh daripada negeri Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Liga Sukan untuk semua peringkat daerah Bachok di gelanggang futsal Sekolah Kebangsaan Alor Bakat hari ini.

Pada majlis tersebut, gelanggang futsal Alor Bakat adalah yang keenam dibina di Bachok dan yang ketiga di Dun Jelawat di atas inisiatif Awang Adek.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Kelantan dan Penyelaras Dun Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain.
Awang Adek berkata, percaturan kerajaan Pas itu hanya menjadikan rakyat Kelantan sebagai mangsa kerana berharap terhadap pembinaan lebuh raya tersebut sedangkan sebelum ini terlalu banyak projek yang dijanjikan tetapi hanya tinggal batu asas sehingga kini.

Menurutnya, rakyat juga menjadi mangsa apabila kononnya derma diperlukan untuk pembinaan tersebut sedangkan 92 peratus rakyat Kelantan layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

"Bagaimana mereka hendak menderma sedangkan ramai rakyat Kelantan berpendapatan di bawah RM3,000 dan menerima BR1M. Ini memangnya sesuatu yang mustahil dan agenda politik dengan janji kosong.

"Apabila mereka gagal melaksanakannya kelak, pelbagai alasan akan dicipta untuk menutup kesilapan diri mereka.

"Ini juga adalah agenda untuk menanam kebencian rakyat Kelantan terhadap Kerajaan Persekutuan dalam isu tersebut sedangkan pembinaan lebuh raya tersebut tidak praktikal kerana kesesakan hanya berlaku pada musim cuti umum sahaja berbanding kesesakan yang berlaku di Lembah Kelang.," katanya.

Beliau berkata, pembinaan lebuh raya tersebut hanya mampu direalisasikan dengan pinjaman bank dan perlu mendapat jaminan Kerajaan Persekutuan untuk jaminan pembayaran balik pinjaman tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads