Khamis, 7 Jun 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


JALAN - Jalan-Jalan Cari Makan <b>Di Kota Bharu</b> - Gua.com.my

Posted: 12 May 2012 08:48 PM PDT

Setiap kali merancang percutian, GUA memang tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke
Negeri Cik Siti Wan Kembang. Selain kerana jaraknya yang agak jauh dari Lembah Klang, GUA
juga tidak begitu mengenali produk-produk pelancongan di negeri ini. Berbeza dengan negeri
Pahang dan Terengganu, GUA memang seronok kalau dapat menghabiskan masa ke pulau-pulau
peranginan di kedua-dua negeri ini.

Berbalik kepada negeri Kelantan tadi, di sini GUA ingin berkongsi pengalaman pertama bercuti
ke negeri itu baru-baru ini. Kunjungan GUA kali ini atas pelawaan Syarikat Penerbangan
Komuniti, Firefly, bagi mempromosikan laluan terbarunya, Kota Bharu – Johor Bahru bermula
26 April.

Sepanjang tempoh berada di sana, banyak perkara yang GUA pelajari. Terutama tentang budaya
dan gaya hidup masyarakat Kelantan. Paling penting, ia mengubah pandangan GUA yang
selama ini beranggapan masyarakat di sana kurang mesra dengan orang luar.

Untuk penulisan ini, GUA ingin berkongsi tentang beberapa lokasi selera yang perlu anda
cuba seandainya bercuti ke negeri yang turut dikenali sebagai Serambi Mekah ini. Jom! Ikuti
pengalaman menjamu selera GUA bersama lapan orang lagi wartawan dan jurugambar daripada
majalah Gaya Travel Nusantara, Libur, Santai dan akhbar The Star.

Sebelum itu, GUA ingin maklumkan bahawa sepanjang tiga hari dua malam berada di sana
kami telah menginap di Hotel Grand Riverview yang terletak di pinggir Sungai Kelantan.
Hotel ini menawarkan penginapan yang selesa, tapi sayang perkhidmatan pelanggan atau
servisnya sangat mengecewakan. Petugas hotel mengambil sikap acuh tidak acuh apabila tetamu
meminta pertolongan atau servis tambahan. Jadi, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan
memandangkan masih banyak lagi hotel yang tersedia.

Kalau anda seorang yang suka makan, jangan lupa singgah ke Restoran Nasi Ulam Cikgu
untuk menikmati makan tengahari. Di sini anda boleh menikmati pelbagai lauk-pauk yang
membuka selera. Sesuai dengan namanya, restoran yang terletak di Taman Selera Kraftangan,
Kg Kraftangan, ini terkenal dengan pelbagai jenis ulaman yang boleh dimakan bersama budu,
tempoyak dan sambal belacan. Antara lauk-pauk yang menjadi kegemaran pelanggan ialah Ikan
Keli Goreng, Ikan Patin Masak Asam, Ikan Patin Masak Lemak dan juga Ayam Goreng.

Ketika kami berkunjung ke sana, GUA perhatikan ada beberapa rakan wartawan yang makan
dengan cukup berselera. Lebih-lebih lagi wartawan Gaya Travel, Sham, dia cukup teruja apabila
dapat menikmati hidangan budu! Kalau tidak silap, Sham menambah sehingga tiga pinggan nasi.

Kalau hendak mencari kuih muih-tradisional atau hidangan istimewa masyarakat Kelantan, GUA
cadangkan anda ke Pasar Siti Khatijah. Di sini anda boleh mendapatkan kuih Akok, Tahi Itik,
Cara Berlauk, Serabe, Lompat Tikam, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Jala Emas, Nasi Berlauk
dan juga Laksam. Kesemua hidangan ini boleh dibeli dengan harga murah dan paling penting,
rasanya enak kerana ia disediakan oleh anak jati negeri itu. Bukan seperti yang dijual di tempat-
tempat lain. Dengan RM1.00 anda boleh mendapat empat biji kuih, manakala Nasi Kerabu dan
Nasi Tumpang dijual pada harga RM2.00.

Selain itu, anda juga boleh ke Restoran Yati Ayam Percik yang beralamat di No. 847, Jalan
Long Yunus, Kota Bharu untuk menikmati Nasi Kerabu yang dilengkapi dengan Ayam Percik,
Daging Bakar, Telur Masin dan Keropok. GUA difahamkan restoran ini sangat padat ketika
waktu makan tengahari dan makan malam. Ini kerana Nasi Kerabu di sini terkenal dengan
keenakannya. Sebelum pulang, jangan lupa membeli sedikit pencuci mulut yang pelbagai rupa
dan perisa. Restoran ini dibuka dari waktu makan tengahari sehingga jam 11.00 malam.

Sebelum GUA menamatkan catatan pergembaraan makan-makan di Kota Bharu ini, GUA
ada satu lagi menu yang mesti dicuba ketika bercuti di sini. Menu yang dimaksudkan ialah,
Maggie Ketam. Hidangan ini kian popular di kalangan masyarakat di sana dan juga di kalangan
pelancong. Satu kerugian kalau anda tidak mencubanya sendiri.

Ketam yang digunakan ialah Ketam Nipah yang bersaiz besar dan sangat segar. Menariknya,
anda boleh memilih sendiri saiz ketam yang diinginkan. Paling penting, ketam-ketam itu masih
hidup! Sebab itulah rasanya sangat manis. Apabila dimasak bersama Maggie Kari yang pedas, ia
menjadi satu kombinasi yang sangat menyelerakan.

Tidak susah mencari restoran yang menyediakan hidangan ini kerana anda boleh melihat menu
ini dipamerkan di hadapan gerai. Namun, GUA difahamkan Maggie Ketam di Cherang Ruku,
Pasir Putih paling popular. Akan tetapi GUA tidak berkesempatan ke sana.

Sebaliknya GUA ke D'Syaz Café yang terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Restoran ini disyorkan oleh rakan GUA yang merupakan anak jati Kelantan. GUA berpuas
hati dengan hidangan Maggie Ketam di sini. Rasanya cukup enak kerana Ketam Nipah yang
digunakan sangat segar. Harga hidangan ini bergantung kepada jumlah ketam yang digunakan.
GUA perlu membayar RM30 untuk satu mangkuk bersaiz sederhana yang berisi seekor ketam
bersaiz besar.

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat rancang percutian anda ke Kota Bharu. Kalau ingin menjimatkan
masa perjalanan, jangan lupa menggunakan khidmat penerbangan yang disediakan oleh Firefly.
Pada setiap hari, syarikat penerbangan ini menyediakan tujuh kali penerbangan dari Subang ke
Kota Bharu, Kota Bharu ke Subang. Manakala perjalanan dari dan ke Johor Bahru sebanyak
dua kali sehari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Firefly di
www.fireflyz.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads