Sabtu, 2 Jun 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di machang</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Demonstrasi bantah pembalakan haram <b>di Machang</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2012 11:40 PM PDT

MACHANG, 29 April : Kira-kira 1,500 penduduk kampung dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah kegiatan pembalakan haram yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Hulu Sat di sini, sejak tiga tahun lalu.

Mereka mendakwa akibat kegiatan itu, penduduk mengalami kerugian besar termasuk kehilangan punca air bagi kegunaan harian, kemerosotan hasil pertanian, pencerobohan habitat gajah dan kerosakan jalan ke pusat pelancongan Bukit Bakar.

 "Ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu pada tahun 1980 sebarang aktiviti penebangan hutan tidak dibenar sama sekali kerana kawasan itu diwartakan sebagai tadahan hujan," kata penduduk kampung, Kamaruddin Abdul Kadir, 60, ketika ditemui pada demonstrasi itu. 

Beliau mendakwa perkara sebaliknya berlaku selepas BN tidak lagi berkuasa di negeri ini.

Katanya, ini menyebabkan kawasan sungai di sekitar lokasi itu menjadi cetek berikutan lumpur yang terkumpul akibat hakisan disebabkan hujan lebat.

Kamaruddin mendakwa banyak pokok durian, dokong, pisang, rambutan dan sebagainya dimusnahkan oleh gajah liar yang mendekati kawasan kampung akibat 250 hektar habitat haiwan itu dikacau oleh kerja pembalakan.

"Saya sendiri mengalami kemusnahan satu hektar pokok durian yang menjadi sumber pendapatan sampingan apabila tiba musim durian setiap tahun," katanya.

Dalam pada itu, pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Machang, Harun Ismail, 74, berkata lebih 1,400 hektar sawah di bawah kawalan PPK turut terjejas apabila lebih 140 petani mengalami kekurangan air untuk mengerjakan sawah akibat sungai yang menjadi punca saliran hampir kering.

Menurutnya, bendang termasuk di Kampung Ulu Sat, Banggol Judah, Bukit Tiu dan Bukit Bakar hanya boleh diusahakan sekali setahun iaitu pada musim tengkujuh.

Sementara itu, pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan kawasan Machang, Kamaruddin Abdul Kadir, berkata pencerobohan itu menunjukkan kerajaan negeri sekarang terlalu lemah untuk bertindak.

Beliau menegaskan jika penduduk tidak mahu kegiatan itu berterusan, kerajaan negeri sekarang perlu ditukar kepada BN yang ternyata lebih berkemampuan, pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads