Rabu, 27 Jun 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


DuNia LoVe BieGuRL: Kemalangan <b>di Machang</b> Perut Terburai <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2012 03:41 PM PDT

Darah basahi jalan raya

Kemalangan itu amat dahsyat, tapi dia terkilan kerana tak mampu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mampu lihat saja mayat seorang dari mangsa terbujur di atas jalan dalam keadaan perut terburai manakala yang lain tersepit dalam kenderaan masing-masing yang remuk."kata Mohd Aliff Farhan Mohd Hatta, 16, antara individu terawal tiba di lokasi kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Labok,i, yang mengorbankan tiga nyawa termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Abdul Wahab Yaacob, 56, awal pagi semalam.

Dua lagi yang terbunuh ialah Sarjan Abd Kadir Kumin, 48, dari Ulu Cheka, Jerantut, Pahang, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan suri rumah, Membunga Mamat, 61, dari Rancangan Kemajuan Tanah Paloh 1, Gua Musang.Kemalangan berlaku ketika Abdul Wahab dan Abd Kadir dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Krai dengan menaiki kereta BMW bertembung sebuah Pajero dari arah bertentangan dinaiki Membunga bersama anaknya, Mohd Saari Asmawi, 36..Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan Mohd Saari yang memandu Pajero itu pula dalam keadaan kritikal

SAYU...anak dan ahli keluarga  arwah  Abd Kadir menatap jenazah buat kali terakhir, semalam.

Sumber : metro

BONGKAR PENIPUAN GUAN ENG <b>DI MACHANG</b> BUBUK HEBAT <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 07:32 PM PDT


Semalam di kawasan perkampungan  Bukit Teh , Machang Bubuk , dianggarkan 500 ke 600 orang penduduk sekitar  hadir ke pentas ceramah BONGKAR   penipuan kerajaan regim DAP P.Pinang  yang menampilkan Ketua Pemuda UMNO P.Pinang  Ir Shaik Hussein Mydin ,  Timb Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang  Datuk Musa Sheikh Fadzir sebagai penceramah utama .

Memang kena la dengan tajuk ceramah iaitu BONGKAR ... satu persatu penipuan regim DAP dibongkarkan seperti  isu skandal penjualan tanah Bayan Mutiara , penjualan tapak masjid & sekolah Bayan Mutiara , janji hapus tol Sg Nyior , isu rumah kos rendah tak dibina , isu rasuah Tunku Aziz , perobohan gerai-gerai peniaga Melayu , tanah wakaf , perumahan mewah diluluskan kerajaan DAP , pelantikan  YDP MAIPP dan lain-lain .

Memang berlambak sebenarnya isu-isu di P.Pinang yang membabitkan kerajaan DAP ini . Sebab itu la kaki penipu seperti  Guan Eng sudah banyak kali kantoi berbohong di media .

Datuk Musa Sheikh Fadzir bagitau kat orang PAS & PKR yang mai 

semalam duduk di celah pokok .." apa yang Adun PKR Machang Bubuk 

 bagi selepas 4 tahun memerintah ..bila nak minta khemah cari 

UMNO juga ..." 

Ketua Penerangan UMNO Bkt Mertajam , Ustaz Ahmad 

Lotfi Ibrahim dedahkan betapa takutnya DAP terhadap 

1 Malaysia sampai kalendar tertera gambar sikit pun

terpaksa di buat semula ...

Ketua Pemuda Bkt Mertajam Sdr Fauzi Sharif dedahkan 

fakta gerai -gerai Melayu yang dirobohkan kerajaan DAP

dan terbaru di Taman Ciku Bkt Mertajam ..

** video di you tube akan diupload nanti ...tak sempat semalam sebab dah mengantuk nak keja esok pagi ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads