03 di pulau melaka - Google Blog Search |
::Pink Merah Jambu::: SKOOL HOLIDAY! Posted: 14 Jun 2012 10:23 PM PDT Arini baru berkesempatan menulis blog. Busy sgt2 lately. Next week exam... Last week masa skool holiday kami berempat kelik kampung hubby di Pulau Melaka, Kelantan. Kampung hubby ni dekat area rumah Nik Aziz. Tetibe nak gak bgtau. Sbb kalo sebut Pulau Melaka mesti sume org kata "Oooo, dekat rumah Nik Aziz tu ye?". Ha'ah dekat situ la rumah dia... Last time kami kelik kg masa Raya Haji tahun lepas. Lama gak tak kelik Kelantan. This time kids were so excited nak kelik kg sbb lama x jumpa cousin2 depa yg kt kg tu. First day, kami bertolak from Bangi around 9 pagi. Singgah beli nasik lemak tepi jalan n tapau makan dlm kete. Hubby ni jenis x akan berhenti makan di mana2 kecuali untuk shee2 di stesen minyak sahaja. So, kami dah faham perangai dia n tapau air n makanan siap2. Perjalanan ambil masa dalam 8 jam. Tu sebab jalan smooth je n tak jem. Kalo balik kg time raya mmg lebih dr 8 jam baru sampai Kltn. Around jam 5 lebih kami sampai di Bachok. Singgah gerai makan MIL. Dia niaga di situ. Niaga nasi kerabu, laksam, laksa kelantan, nasi dagang, etc. Masa kami sampai, pelanggan ramai giler. Sian tgk MIL x henti2 layan pelanggan. Laku makanan mak mertua jual. Dia masak mmg x leh lawan; sedap giler! Kami mkn skit pastu bertolak balik ke Pulau Melaka. Malam tu ada dikir barat kt rumah kg. Bising sgt sbb ramai yg dtg untuk berdikir. Hubby n kids suka la. I x suka sangat suasana bising sbb dah biasa membesar dalam suasana sunyi. Huhu... I rest dalam bilik je since masih letih sebab baru sampai frm Bangi petang tu... Second day, kami pergi Pengkalan Kubor. Shopping barang2 rumah skit spt tikar, alas meja, towel kids, pinggan melamine, tray, toys, etc. Kami bawak adik ipar n anak2 sedara sekali. Since kami pinjam kete Exora my mom, maka penuh la satu kereta dengan adik2 ipar n anak2 sedara. Meriah skit. Haikal n Alysha seronok la sbb ramai. Hehe... Otw balik from Pengkalan Kubor, kami singgah main basikal air di Pantai Sri Tujuh. Seronok! Third day, kami ramai2 pergi berkelah di air terjun Linang. Seronok gak sbb lama x mandi air terjun. Air sejuk. Cuaca pun redup je. Org ramai berkelah di sana. Kanak2 paling seronok. Yg bestnye kat tepi sungai tu ada dibina beberapa slide yg masuk terus ke dalam sunyai untuk kanak2 main. Haikal la paling kuat main. Macam xmo balik! Huhu... Malam tu ada dikir barat lagi. Hubby & kids seronok la. Me? Sembang2 dengan SIL dalam bilik. My SIL sorang nak kawen bulan 2 tahun depan. Dia minta pendapat pasal brg2 hantaran, etc. Yg sorang lg baru masuk lower form six after SPM. Dia minta advice pasal further study. What are suitable courses for her to choose kalo masuk U nnt. Seronok sembang2 dengan depa. Dengan sorang lg SIL duk sembang pasal online biz. My hubby ada 10 adik beradik. SIL je ada 4 orang. Apa lagi, seronok la bersembang n gossip2. Haha... :p Forth day, kami just strolling around dlm KB Mall. Lokasi wajib kami setiap kali balik Kelantan. Haikal tambah games dalam PSP dia. Happy semacam dia. Sengih je manjang sebab tambah games baru. Me seperti biasa suka masuk ke children's department. Kalo nak tau, dalam Pacific tu kat children's dept dia ada banyakkkkk sgt2 pilihan baju2. Dah macam SOGO plak aku tgk. Slalu je ada "Offer". Rembat sehelai baju for Haikal & Alysha. For myself, I bought under garments la. Murah & cantik. Yg penting still brand Wacoal tau. Good quality at affordable price. Byk choice as well... :p Senyum sampai ke telinga sebab papa dia tambah games dalam PSP... Fifth day, malam tu kami wat barbeque (bakar ayam kata org kg) di Pantai Tok Bali. Semua adik beradik hubby ada kecuali abg no 2 sbb x balik. Family mertua my SIL pun join sekali. Ptg tu kids mandi laut la apa lagi. Pastu yg lain2 bakar ayam, sotong n udang. Acara berlansung sampai malam. Hubby n adik2 dia siap berdikir tepi pantai tu. MIL n pak sedara pun menyumbangkan beberapa buah lagi. Amboi! :)) Sixth day, pagi bertolak balik KL dalam kul 10am. Singgah tempat niaga MIL sat. Pastu beli losong yg dikirim my sister. Sampai Bangi kul 5 lebih. Hantar bag kt rumah, mandikan kids pastu keluar semula. Sebab my fmly wat makan2 di Taipan USJ, area rumah my brother. Bincang2 pasal biz skit pastu balik. Sampai rumah jam 12am. Pengsan! *Kesimpulan: Seronok! Penat but enjoy... But mission untuk makan meggi ketam x kesampaian sebab x sempat pi Pantai Cinta Berahi aka Pantai Cahaya Bulan. Sedih sgt! Merajuk dengan ketam! Tetibe... Ketam ke yg bersalah?? :(( |
Bicara Mentari: BIOKOT PETRONAS <b>PULAU MELAKA</b> Posted: 19 May 2012 04:50 AM PDT Kempen boikot PETRONAS satu tindakan berniat jahat terhadap, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini kerana keluarga Nik Aziz memiliki stesen minyak PETRONAS di Pulau Melaka Tentu sekali Nik Aziz tidak menyokong tindakan penyokong Pas ini. Tindakan itu secara langsung akan memberi kesan buruk kepada stesen minyak PETRONAS milik keluarga Nik Aziz juga. Lainlah jika kempen itu menyebut, BOIKOT PETRONAS, KECUALI STESEN MINYAK PETRONAS PULAU MELAKA. Adakah Nik Aziz akan menyeru agar penyokong Pas menarik balik boikot PETRONAS ini? Sekiranya Nik Aziz tutup stesen minyak PETRONAS milik keluarganya, ini tidak menjejaskan ekonomi atau pendapatan Nik Aziz yang sepanjang menjadi menteri besar Kelantan telah memperoleh pendapatan sekitar RM10 juta. |
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan