Ahad, 10 Jun 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


CERITA HATI: -Jejalan <b>di Rantau Panjang</b>-

Posted: 27 May 2012 07:20 AM PDT


Sudah hampir dua tahun setengah kami bermaustautin di tempat orang, tapi weekend hari tu baru berkesempatan ke Rantau Panjang. First time lagi.. Hahaha.. Yelah, dah duk tempat orang ni haruslah cuba terjah semua tempat menariknya kalau berkesempatan kan. Abah Adam lah yang bersungguh ajak pergi sana. Bila dah jejak tu, nak kata jauh tak jugak rupanya sebab dengan bantuan Mr. GPS dapat lalu jalan shortcut pulak. Jadi kami tak menghadapi masalah sesat jalan lah. Poyo nye aku kan. Haha.. Sebelum ni asyik duk ingat macam jauh je Rantau Panjang ni. Bila dah sekali pergi rasa macam nanti nak shopping raya kat sini lah pulak. Kepada Abah Adam, sila standby modal yang banyak yer untuk kami. :)

Boleh dikatakan sehari suntuklah kami berjalan, bayangkanlah keluar rumah pukul 10 pagi dan sampai rumah pukul 10 malam. Sampai kat Rantau Panjang, punyalah ramai orang.. Biasalah kan cuti sekolah kan. Lepas dah habis jejalan dan borong sikit beberapa barang, kami singgah kat Masjid Beijing Rantau Panjang. Lepas tu gerak ke Mydin Mall untuk shopping barang dapur sikit. Walau penat tapi seronok!!

 Yeay!! Kami dah sampai sini!! :)
 Adam tengah tahan panas. :)
 Time for shopping baju. Kena pandai tawar menawar, barulah dapat murah. :)
 Pompuan memang tak sah kalau tak tengok bunga. Aku beli dua bakul, satu bagi kat jiran. :)
 Comel-comel semua yang ada disini, yang paling aku geram bila tengok bear. Yang paling besor pun Rm80 jer dan boleh mintak kurang lagi tu. Tapi tak beli lah sebab takde anak pompuan lagi. Hahaha. :)
-Adam kat Masjid Beijing-
 Terkejut bila aku terpandang signboard kedai makan kat tepi masjid tu yang tertulis nama serupa seperti nama Adam Akmal kesayangan aku ni. :)
 Inilah hasil pelaburan Abah Adam untuk kami. Thanks Abah.. Nanti belanja lagi yer.  :)
Baru terpampang wajah Driver and Big Boss kesayangan aku.  Thanks yer bawak kami jejalan. :)

Itu sahaja coretan cerita jalan-jalan kami kali ni. Sampai jumpa lagi di lain siaran jejalan kami.

:::TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRI CERITA HATI:::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads