ads

Selasa, 24 Julai 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


PenangWasabi: Masjid : ADUN PAS persoal kerajaan <b>Kelantan</b>!!!

Posted: 23 Jul 2012 11:37 PM PDT


Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina. Beliau turut mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan.

"Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ahmad ketika itu sedang menjawab soalan tambahan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) yang meminta kerajaan negeri mencontohi pendekatan hijrah Rasulullah yang memberi keutamaan membina masjid, dalam pembangunan bandar baru Lojing. Abdul Halim berkata, pembinaan masjid itu penting supaya masyarakat tidak kosong daripada menerima ajaran agama.

Timbalan Menteri Besar itu dalam jawapannya berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk mewujudkan pusat pengajian pondok moden di Lojing yang akan memberi nafas baru dari segi perkembangan Islam khususnya di kalangan Orang Asli di kawasan tersebut.

Beliau berkata, batu asas pembinaan pondok itu yang turut mengandungi sebuah masjid telah pun diletakkan dan kerajaan kini menunggu rangka program pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

"Tidak timbul tak beri keutamaan, begitu juga di Bandar Baru Tunjung, wang telah ada tapak sudah ada," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) mengenai pelan struktur pembangunan bandar Jajahan Kecil Lojing, Ahmad berkata, rancangan pembangunan dibuat secara menyeluruh untuk jajahan Gua Musang bagi pembangunan bandar berkenaan terutama berkonsepkan pelancongan agro.

Beliau berkata, beberapa pelan rancangan juga dilaksanakan bagi memastikan pembangunan yang hendak dilakukan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar di Lojing.

Mungkin ini jawapan standard dari Nik Aziz :

Jika kita masih ingat pada 5 Januari 2008, di Pasir Puteh, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sejak beliau mentadbir negeri ini selama 18 tahun, Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun! Alasan Nik Aziz amat menjengkelkan! Beliau tanpa rasa bersalah berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membina masjid baru kecuali rakyat sendiri yang menyediakan tapak dan membinanya terlebih dahulu.

''Rakyat buat dulu masjid, beli tanah tapak dulu baru kerajaan negeri Pas beri sekadar mampu,'' itulah sikap "cuci tangan' Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, di Kampung Telosani.

Mursyidul Am Pas itu seperti amalan biasa yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Pas, tidak akan malu kepada kegagalan parti mereka mendirikan walau sebuah masjid sepanjang memerintah di Kelantan tetapi akan menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Alasan Nik Aziz ialah Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan mencukupi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu!

Sepatutnya Nik Aziz merasa malu apabila terdapat banyak masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 18 tahun.

Banggakah pemimpin Pas bila kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga. Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.

Rakyat Kelantan, khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional, untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini.
" Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama 'cendawan di musim hujan'.

Tidak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan untuk berceramah di masjid yang uzur dan bocor semasa hari kebesaran Islam. Tidak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu? Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama 'cendawan di musim hujan'.

Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat. Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu? Kalau bangunan parti ada duit, memperbaiki dan membina masjid walaupun sudah 18 tahun memerintah masih tidak ada peruntukkan!.

Mungkin rakyat Kelantan terfikir bahawa jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah Allah yang uzur itu. Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.

Maka pada pendapat penulis memang patut pun ADUN PAS sendiri yang mengeluh mengenai kurangnya kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan. Adakah PAS Kelantan akan terus mengambil sikap " lepas tangan " semata-mata berharap kepada kerajaan pusat untuk setiap pembangunan di seluruh negeri Kelantan.

Jadi apakah fungsi sebenar Kerajaan PAS diKelantan ini? Diharap rakyat Kelantan dapat memikirkan samada untuk terus memberi sokongan kepada PAS dalam PRU yang akan datang. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved