Isnin, 16 Julai 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Negeri <b>Kelantan</b> 1433H/2012

Posted: 16 Jul 2012 05:00 AM PDT

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Kelantan untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan. Jika ada sebarang masalah untuk melihat atau melakukan muat turun, sila ajukan di ruangan komen.

WAKTU BERBUKA DAN IMSAK BAGI KAWASAN DI NEGERI KELANTAN

 

Berikut adalah senarai kawasan yang berada dalam zon-zon waktu di negeri Kelantan:

Zon 1 – Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang (Daerah Chiku)

Zon 2 – Jajahan Jeli, Gua Musang (Daerah Galas dan Bertam) dan Jajahan Kecil Lojing

Sila download salinan jadual waktu berbuka dan imsak negeri Kelantan melalui paparan Sribd di atas. Selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di Kelantan khususnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Sumber: Portal JAKIM

Double - Y: Siti Nurhaliza Didik Budaya Maksiat <b>Di Kelantan</b> - PAS

Posted: 15 Jul 2012 11:54 PM PDT


Seorang jurucakap MKPB-BRI berkata :

"...kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali. 

"Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut"

Hahaha...


Ini adalah contoh pengikut PAS yang jenis buta perut dan buta hati dek kerana terlalu taksub dengan seorang ulamak yang bernama Nik Aziz Bin Nik Mat yang telah berpuluh-puluh kali menukar prinsip perjuangan hanya kerana mahu melihat jatuhnya UMNO.

Buat jurucakap MKPB-BRI ini, jika program Siti Nurhaliza yang menyanyi di hadapan para guru pada satu jamuan Perdana Hari Guru dianggap program maksiat, bagaimana pula dengan disko yang hanya berada 3.6 kilometer dari rumah Nik Aziz Bin Nik Mat yang mana saya difahamkan sehingga kini ianya masih beroperasi?

[KLIK SINI ARTIKEL SEBELUM]

Adakah program nyanyian dalam video yang didedahkan sebelum ini bukan berbentuk maksiat?

Adakah program yang dianjurkan PKR dalam Bertam Night tidak berbentuk maksiat?

Adakah sepanjang PAS memerintah Kelantan program berbentuk maksiat benar-benar berjaya dihapuskan sebagaimana digembar-gemburkan?

Ini pendedahan yang lama, tunggu bulan Ramadhan ini kita akan dedahkan bagaimana mudahnya anak muda Kelantan membeli arak daripada premis-premis arak secara terbuka.

Perkara ini geng-geng KCW akan buktikan tidak lama lagi...

Jeng...jeng....jeng!

YY : Konsert Bertam Night yang selit aksi goyang2 bontot, ada pak lebai kopiah siap cakap "one more song pls!". Hahaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads