03 di jelawat kelantan - Google Blog Search |
Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri Masjid Lama Lebak <b>...</b> Posted: 05 Jul 2012 07:26 PM PDT Lahir pada tahun 1916 di Kampung Guai. Tuan guru lebih dikenali dengan panggilan TOK GURU HAJI DOLLAH atau ABAH. Pendidikannya bermula di Pondok Lambur Wakaf Baru, Kelantan, Tn. Guru Haji Awang. Kemudian ke Pondok Jambu Kota Bharu, Kelantan, bergurukan Tn. Guru Hj. Mohamad Pauh. Kemudian melanjutkan lagi ke Pondok Bunut Payung, Kelantan, dibimbingi Tn. Guru Hj. Abdullah Tahir. Pengasas dan Mudir Pertama Madrasah An-Najah atau lebih dikenali dengan panggilan Pondok Bukit Keledang. Pondok ini mula dibuka pada tahun 1957 hingga sekarang. Pada tahun 1961 – Ia dimulakan dengan Sekolah Arab Perempuan sahaja selama 3 tahun. Dalam tahun 1973 dibantu oleh menantunya Tuan Guru Hj. Mohammad B. Ilyas, lahir pada tahun 1945 berasal dari Kg Tualang Salak Jelawat Bachok, Bachok, Kelantan. Pendidikan di Pondok Terusan Pasir Tumbuh Kota Bharu, Kelantan (tahun 1956-1969), berguru dengan Tn. Guru Hj.Mustafa b. Abu Bakar dan Tn. Guru Hj. Abdul Aziz b. Abu Bakar. Pada tahun 1974, Almarhum Tn. Guru Hj. Abdullah menyerahkan pentadbiran Madrasah An-Najah sepenuhnya kepada menantunya dan membuka pondok baru di Padang Luas, Bera (Madrasah Darul Huda, Bera) sehingga tahun 1996. Sekarang ini pondok itu masih diteruskan lagi oleh Ustaz Sulaiman b. Mohammad (Tenaga Pengajar). Beliau ialah sepupu kepada Almarhum Tuan Guru. Sistem pengajian di kedua-dua pondok yang diasasnya ialah Pendidikan Agama Sepenuhnya dan Menyeluruh menggunakan Kitab Pondok, Kitab Arab dan Jawi serta Ilmu Alat. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke Pondok Moden di Kelantan dan juga ke Timur Tengah (Mesir,Yaman). Almarhum Tn. Guru Hj. Abdullah juga antara pengasas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) cawangan Kg. Bukit Keledang (cawangan PAS tertua di Parlimen Temerloh). Beliau juga pernah bertanding mewakili PAS di Parlimen Temerloh suatu ketika dahulu menentang Al-Marhumah bonda Sudirman Hj. Arsyad yang mewakili UMNO. Beliau mendapat tidak sampai 100 undi sahaja. Pada tahun 1996 seluruh Pahang gempar dengan meninggalnya seorang tokoh ulamak dan pendidik yang terkenal di negeri ini. Beliau memang terkenal di negeri ini lebih-lebih lagi dengan siri Kuliah Jumaatnya di Masjid Besar Daerah Temerloh yang sentiasa dihadiri oleh ratusan hadirin. Jenazah beliau diiringi oleh ribuan anak muridnya dan masyarakat setempat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam bersebelahan dengan Madrasah An-Najah, Pondok yang beliau sendiri asaskan. Moga-moga Allah mencucuri rahmat-Nya keatas rohnya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus. Aamiin. |
You are subscribed to email updates from di jelawat kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan