Sabtu, 21 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Warga <b>Kelantan</b> memang bersedia « <b>KELANTAN</b> DARUL NAIM <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 10:33 AM PDT

Warga Kelantan memang sudah bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran di hari muka.  Ini dapat dilihat dalam berbagai aspek atau bidang kehidupan mereka.  Semangat juang mereka untuk maju,  rasanya tidak ada tolok bandingnya. Sikap mereka untuk berdikari, berpadu dan bantu membantu antara satu sama lain,  sudah lama berakar umbi dalam kehidupan mereka.

Warga Kelantan tidak syak lagi adalah sinonim dengan semangat juang,  ingin berdikari,  ingin maju  dan  rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Ikan kering di Pasar Jelawat

Banyak contoh yang dapat kita lihat.  Tidak perlu kita jalankan projek kajian dan penyelidikan untuk mendapatkan bukti keadaan ini.  Di mana juga kita berada keadaan atau senario ini dapat kita temui.  Di pasar besar,  di warung-warung,  di pasar pagi atau malam,  di kedai-kedai runcit,  di kedai emas,  dan lain-lainnya dapat kita lihat bagaimana suasana ini menyerlah.

Memang diketahui bahawa terdapat empat tugas penting dalam kehidupan tiap anggota masyarakat Kelantan iaitu  bekerja keras untuk mengumpul cukup dana,  dana ini akan digunakan untuk menentukan kejayaan anak-anak di bidang pengajian,  dana ini  akan digunakan untuk mengerjakan ibadah Haji,  dan dana ini juga untuk membina rumah serba moden tempat tinggal keluarga.

Dalam aspek bekerja keras,  ini dapat dilihat dari komitmen mereka dalam perniagaan,  bertani,  menternak dan  menangkap ikan,  iaitu selain dari penglibatan mereka dalam perushaan-perushaan desa, sebagai contoh, menghasilkan makanan ringan atau sampingan seperti serunding,  keropok,  kerepek dan sebagainya.  Kita jangan pula lupa penglibatan mereka dalam bidang-bidang pembuatan – membatik,  mentenun kain songket,  mengeluarkan hasil kraft dari perak, emas, tembaga dan kayu, dan banyak lagi.

Zahar … periang dan peramah. Tok Bali

Banyak tempat yang dapat menggambarkan suasana ini.  Di Wakaf Che Yeh, di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu,  di Pantai Seri Tujuh Tumpat,  di Kampung Laut,  di sepanjang jalan ke Pantai Cahaya Bulan, di pasar Mundok Pasir Mas, di TokBali,  di Wakaf Aik, di Rantau Panjang dan banyak lagi.  Selain dari itu keadaan ini dapat juga kita lihat di komplek-komplek seperti Bazar Buluh Kubu,  Bazar Tok Guru dan seumpamanya.

Pendek kata,  warga Kelantan adalah kumpulan insan yang sentiasa bergerak cergas dalam menjalani hidup seharian mereka.  Pengurusan waktu adalah penting kepada mereka.

Datanglah ke Kelantan Darul Naim untuk menyaksikan ini semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads