Selasa, 10 Julai 2012

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Berhibur mengikut syariat Islam. « Persada

Posted: 05 Jul 2012 04:54 PM PDT

TUMPAT – Hari kebudayaan dan Kesenian Wanita Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran di sini, disambut meriah dengan persembahan dikir berendoi dan dikir barat wanita.

Program anjuran Urus setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun Kelaboran berjaya menghiburkan golonganwanita yang hadir.

Pengarah program, Tengku Maziah Tengku Muda berkata, hiburan yang diketengahkan sempena hari kebudayaan dan kesenian ini adalah berhibur mengikut syariat Islam.

"Mungkin dikir barat, nasyid, sajak , berbalas pantun sering kita diperdengarkan di manamana sahaja.

"Tetapi satu seni warisan lama cuba diketengahkan dan diperdendangkan iaitu dikir berendoi," katanya.

Menurutnya, walaupun program ini hanya separuh hari, tetapi ia mampu mengeratkan lagi ukhuwah golongan wanita di Dun ini.

"Sambutan yang baik dalam kalangan wanita di sini, selain dapat berhibur dalam masa yang sama dapat mengeratkan lagi ukhuwah," katanya.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

//sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads