Selasa, 17 Julai 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Persoalan-Persoalan Yang Perlu Penduduk-Penduduk <b>Manek Urai</b> <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2009 05:22 AM PDT


1. Kenapakah calon Pas bagi Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah tidak dibenarkan bercakap dengan pihak media selepas penamaan calon? Adakah beliau tidak berhak menyatakan apakah aspirasi atau cita-cita beliau untuk memajukan Manek Urai sekiranya beliau memenangi kerusi DUN? Adakah beliau dikuatiri membuat silap ketika bercakap dengan pemberita dan orang ramai? Adakah beliau sesudah dilantik menjadi ADUN (dengan keizinan Allah) hanya menjadi boneka di dalam menguruskan penduduk setempat?

2. Adakah disebabkan kecetekan pendidikannya dan pengalamannya membataskan pergaulannya? Bagaimana beliau hendak berurusan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan agensi-agensi tertentu yang mengkehendaki beliau berbahasa English apabila beliau memenangi pilihanraya tersebut? Adakah kehidupannya selepas bergelar wakil rakyat hanya berkisar di Manek Urai sahaja?

3. Dimanakah Ketua Pembangkang berada? Kenapakah beliau tidak turut serta di dalam proses penamaan calon? Ya benar, DS Najib juga tidak berada di situ. Adakah kesibukan sebagai Ketua Pembangkang menyamai kesibukan seorang Perdana Menteri Malaysia? Oh ya, mungkin beliau sibuk menghadapi tuduhan liwatnya. Kenapakah PKR sebagai rakan gabungan haram hanya menghantar Azmin Ali, Naib Presiden PKR. Tiada kelibat Presiden PKR, tiada kelibat Timbalan Presiden PKR, tiada kelibat Pengerusi DAP dan tiada kelibat Lim & Son, mengapa?

4. Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Adakah beliau yang berjawatan sebagai Timbalan Presiden Pas tidak penting di dalam PRK Manek Urai ini? Adakah Husam Musa lebih afdal berada di Manek Urai berbanding dirinya? Adakah kenyataan Mursyidul Am Pas, TG Nik Aziz Nik Mat membayangkan dendam kesumatnya kepada Nasharuddin akan dibawa hingga ke mati?:

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

5. Apakah secara lazim di dalam proses berkempen, calon Pas akan turut tidak dibenarkan berceramah? Mengapa? Adakah beliau kekurangan dari sudut pidato atau ceramah umum? Kelemahan ini adalah begitu ketara apabila beliau hanya bercakap tergagap-gagap tidak sampai 10 minit ketika sessi bertemu dengan warga Manek Urai yang berada di Lembah Kelang baru-baru ini.

Dan persoalan yang paling penting, adakah penduduk-penduduk Manek Urai tidak mahu berubah? Adakah mereka masih mahukan berada di dalam keadaan serba kekurangan hanya untuk memastikan retorik dan dogengan pihak Pas memomok-momokkan mereka dengan undi Pas membawa ke syurga. Kalau itu pilihan mereka, selepas pilihanraya tidak perlu menunaikan Rukun Islam yang lima kerana Mursyidul Am sudah menjanjikan syurga kepada 12,293 penduduk Manek Urai termasuk yang bukan Islam!

Nota Kaki: Apa kata diadakan forum terbuka sempena tempoh berkempen di antara dua calon ADUN Manek Urai ini berkisar tentang topik "Apa Yang Akan Saya Lakukan Sekiranya Saya Menjadi ADUN Manek Urai." Adakah Pas berani menyahut cabaran ini?

PENGUNDI BAHARU: NIK AZIZ SEMBAH GAMBAR SENDIRI...?

Posted: 17 Jul 2012 12:58 AM PDT




Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. - Haprakdaily
PengundiBaharu: Patutlah totok-totok PAS tampal steaker Nik Aziz di kereta. Dapat pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads