Jumaat, 20 Julai 2012

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


1 MALAYSIA: 160 Ahli PAS Penduduk <b>Pulau Melaka</b> Sertai UMNO <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2012 01:05 AM PDT

KOTA BHARU, 19 Julai - Pulau Melaka kawasan kediaman Menteri Besaer Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mata dikejutkan setelah 160 orang penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Dato Seri Jamil Khir Bin Baharom sambil disaksikan oleh Ketua Bahagian UMNO Pangkalan Chepa, Datuk Dali Bin Husin ketika majlis perasmian Gelanggang Silat 1Malaysia yang diadakan pada 18 Julai 2012, jam 3.30 petang di Kampung Babong, Pulau Melaka.
Majlis berkenaan dihadiri oleh 1,000 orang penduduk dan Jamil Khir turut memberi bantuan sebanyak RM 5,000 untuk pembangunan silat di Kampung Pulau Melaka serta empat buah khemah untuk penduduk. Rata-rata yang hadir dalam majlis ini terdiri daripada pengikut PAS. Majlis yang dianjurkan sendiri oleh penduduk Kampung Babong.
Pulau Melaka yang diketuai oleh Haji Muhammad Din bergotong-royong sesama mereka untuk memanggil Menteri bagi mendengar rintihan rakyat memandangkan wakil rakyat mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik walaupun tinggal berdekatan dengan rumah kediaman Menteri Besar Kelantan.Borang keahlian UMNO diserahkan oleh empat wakil yang mewakili kampung masing-masing antaranya wakil Kampung Pulau Melaka yang di wakili oleh Azlan Che Pa, Kampung Babong oleh Mohd Fadhil, Kampung Ujong Tanjung oleh Raja Ali dan Kampung Tok Ku oleh Azwa. Mereka ini dahulunya adalah pengikut kuat PAS sebelum ini.
Antara punca mereka memasuki UMNO adalah disebabkan oleh tindakan PAS Pangkalan Chepa yang diketuai oleh MB Nik Aziz dan Nik Amar telah mengabaikan kebajikan penduduk di kawasan kampung Pulau Melaka itu sendiri yang menjadi tempat kediaman MB Kelantan. Malah menurut mereka kepimpinan Nik Aziz tidak mengendahkan kebajikan rakyat dan terus membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun tinggal hanya beberapa meter dari rumah Nik Aziz.Nik Aziz juga dikatakan lebih mengutamakan rakyat dari luar kawasan termasuk dari negeri lain untuk berjumpa dan mendengar masalah berbanding dari rakyat di kawasan sendiri. Malah Nik Aziz juga sanggup memberi bantuan kewangan kepada peserta BERSIH 3.0 daripada bantuan kepada rakyat miskin di kawasan berkenaan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dan menyebabkan penduduk bertindak memasuki UMNO sebagai manifestasi ketidakpuasan hati rakyat.
 Sebaliknya penduduk lebih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang dilihat ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang kaum mahupun politik. Kesungguhan PM dalam membantu rakyat telah memikat hati mereka untuk memasuki UMNO dan bersama-sama ingin membantu menjayakan transformasi PM dalam memperkasakan agama, bangsa dan negara.
Salah seorang daripada wakil dari Kampung Pulau Melaka, Azlan Che Pa menyatakan mereka mahu melihat kemajuan dan perubahan di kampung mereka disamping ingin melihat kehidupan rakyat berubah setanding dengan rakyat di negeri lain.
 Beliau juga mengharapkan rakyat di seluruh Kelantan bersama-sama berubah untuk kemajuan diri kerana selama 22 tahun PAS memerintah Kelantan mereka masih gagal memajukan rakyat. Tempoh masa yang terlalu lama telah diberikan kepada PAS dan kini sudah tiba masanya untuk rakyat Kelantan membuat perubahan.
Menurut beliau lagi kalau penduduk di Kampung Pulau Melaka sendiri sudah tidak mempercayai kepimpinan PAS apatah lagi penduduk di kawasan lain turut diminta menolak PAS. Beliau yang ditemui tidak mahu berceritakan tentang keburukan Nik Aziz kerana tidak mahu mengaibkan Nik Aziz namun hakikat sebenar yang rakyat perlu ketahui adalah Nik Aziz dan Nik Amar gagal menjalankan tugas dengan baik dan kesannya telah dirasai oleh penduduk Kampung Pulau Melaka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads