Rabu, 18 Julai 2012

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


TIDAK ADA PENULISKAH <b>DI TUMPAT</b>?

Posted: 15 Jul 2012 06:54 AM PDT

SAYA bertugas di Kuala Jambu lebih kurang tiga tahun saja. Kuala Jambu sebuah kampung yang agak terpencil sedikit. Malam hari sunyi sepi walaupun bukan kawasan hitam. Selama tiga tahun di Kuala Jambu, tiga kali Kuala Jambu dilanda banjir besar. Balai polis Kuala Jambu berhampiran Sungai Golok. Bila bajir melanda, balas polis dan rumah anggota akan dimasuki air setinggi dua atau tiga kaki. Penat mengemas barang. Rumah enjin semboyan dibuat tiggi kira-kira 15 kaki dari bumi. Jadi, waktu banjir enjin itu tidaklah dimasuki air. Kawasan pendalaman tempat aku tinggal itu, biasanya dilawati oleh pegawai kanan polis sebulan sekali. Pegawai itu akan tidur di balai bersama anggota bertugas. Banjir yang melanda Kuala Jambu bukanlah bajir kilat seperti yang banjir yang melanda Kuala Lumpur. Banjir di sini memakan masa berhari-hari untuk surut. Kadang-kadang sampai seminggu baru surut. Fukirkanlah bagaimana hendak berak dan kencing waktu banjir sebegitu. Kami takut ular atau buaya masuk ke dalam rumah. Tapi belum pernah berlaku lagi. Setahu saya di Kuala Jambu memang tidak ada penulis. Di Tumpat pun cuma penulis yang saya kenal ialah Hasan Yaacob. Dia ini banyak menulis berita. Lain-lain saya tidak kenal atau mungkin tidak diperkenalkan dengan saya. Insya-Allah, akan sambung lagi. GAMBAR ANAKKU - BUDI ARIFFIN DAN KAK NAB - ORANG KUALA JAMBU. SAYA DAN KELUARGA MENZIARAHINYA BEBERAPA BULAN YANG LALU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads