03 di wakaf che yeh - Google Blog Search |
Maaf Sebut: Buka Puasa <b>Di</b> Restoran Mawar Merah <b>Wakaf Che Yeh</b> Posted: 04 Aug 2012 03:34 AM PDT Bulan puasa nie kalau dapat berbuka kat luar sekali sekala bersama teman sekerja best jugak. So, kitaorang telah pun berpakat dan membuat plan secomelnya berkenaan niat murni kami semua untuk berbuka puasa kat luar. Betullah kita hanya merancang, yang lain semua Tuhan tentukan. Plan kami untuk berbukak kat Four Season nampaknya tak kesampaian kerana meja semua sudah fully booked. Try tanya kat New Horizon dan Kengsom pun sama jugak. Rasa kecewa jugak sebab plan nak berbuka posa bersama semacam dah tak jadi. Nak dijadikan penemuan kepada penyelesaian, salah seorang rakan mencadangkan berbuka kat Mawar Merah. Eh, kat mana tu ? Tak pernah dengar pun. Rakan aman cakap makanan kat sini kira oklah dan dia pun pernah makan kat sana sebelum ini. Lokasi dia pun senang nak cari kat Wakaf Che Yeh. Masuk ikut pasar borong Wakaf Che Yeh dan selepas medan parking yang besar, akan segera nampak restaurant colour merah. Tulah Mawar Merah. Nak dijadikan hal, kitaorang dah try cari no phone restaurant kat internet untuk buat tempahan awal tapi tak jumpa-jumpa. Nasib baiklah kawan sorang tu pegi tanya kawan dia yang lain. Akhirnya dapatlah jugak tempah meja kat sana. Kitaorang pegi awal, dalam enam petang dah sampai. Sebabnya kami tak tahu nak order apa kerana tak familiar makan kat sini. Bila tengok kat menu dia, lebih kurang sama macam kat tempat lain. So tak jadi masalah untuk buat order. Kitaorang order ikan 3 rasa, kerabu mangga, ayam lemon, butter prawn, tomyam, sayur khailan ikan masin dan air teh o beng satu jug besar. Tak dilupakan jugak colek sebagai starter. Ceh, besar bebenar nafsu. Bila makanan dah sampai terus tak makan dulu. Tunggu azan maghrib... Tak sabar nak tunggu bukak posa.Sabar sabar Azan dah berbunyi. Doa dulu pastu makan kurma sebijik tiga dan minum air teh o beng yang sejuk. Lega rasa yang tak mampu diungkap dengak kata-kata.hehehe Tomyam dia sedap. Gambar diambil sebelum mangkuk tu licik habih Overall apa yang kami order memang sedap ditambah dengan lapar seharian. Yang paling aman suka dia punya ikan 3 rasa dan kerabu mangga. Rasa nasik sepinggan macam tak cukup. Harganya pula boleh dikatakan berpatutan. Lupa pulak pasal tomyam. Tomyam dia pun sedap jugak. Cumanya ayam lemon tu rasa macam tak kena. Habih dah bagi komen. Jom pakat go semayang terawih pulak !! |
Azue D Series: JJCM - <b>Wakaf Che Yeh</b> - Mieng Kham Posted: 10 Aug 2012 10:53 PM PDT kejap jerk dah tinggal beberapa hari nak raya dah kan... mesti ramai yg dah buat persiapan raya... al maklum ler bonus pun dah dapat...mesti sedang dalam mood shopping nie kannn.... Azue baru jerk balik ke Pantai Timur minggu lepas... Sebab nak buka puasa dengan juadah2 dari sana.... mcm x lengkap plak sebab x pekena... juadah2 alek klate & ganu nie... Kl mana lah nak sama kannn... So kitorg pun stay 1 hari di Wakaf Che Yeh tu... Salah satu sebab nak gakk sopink2 raya.... senang kitorg stay kat Ridel Hotel tu... Amek jerk family room...besar n selesa... Nak cari juadah berbuka pun senang...turun jerk otel dah bleh start carikk...parking pun senang... Nak citer sambil2 jalan2 n sopink2 tu... Azue terjumper ler... Mender Daun2 nie yg di pack kan teruss teringat...owhhh kat sini pun ader jual ehh Mieng Kham ( sejenis makanan dari Thailand) nie... punya lahhh lama Azue carik... Uolls pernah makan x?Daun Kaduk nie macam ruper daun sireh...tapi x kelat mcm daun Sireh... Cara makan dier senang jerk...campurkan sumer bahan tu ngap jerk masuk mulut....hehehe.. Jomm nengok Azue tunjuk cara2 n tepekkan Resepi yg di google...untuk mereka yg nak cuber buat sendiri... Ader Daun Kaduk , isi Kelapa yg di Panggang halus, Kacang tanah di goreng, halia , bawang merah, hirisan limau nipis, Udang kering, Cili Padi dan sos manis dier.. Dah Campur sumer bahan2 tu lipat cenggini Dah boleh Makan sama jerk macam makan Sireh tu... Sedapp uolls...Azue suker sangat.... Bahan-bahan untuk sirih kaduk (Mieng Kham) Daun kaduk, dibersihkan dan dilap hingga kering, Bahan-bahan intinya (disediakan berasingan) Udang kering, cuci bersih dan sangai Kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan buangkan kulitnya Isi kelapa, dibuangkan kulit arinya dan hiris nipis, kemudian disangai hingga kuning. Boleh juga dibakar dalam oven. Limau nipis, dihiris nipis dengan kulit-kulitnya Halia muda, kikis kulitnya dan potong dadu kecil-kecil Bawang merah, dipotong dadu kecil Cili padi, dihiris halus-halus 2-3 ketul gula melaka, dicairkan dengan 1 cawan air Sos nampla, jika suka atau boleh ganti dengan udang kering yang dikisar lumat Masukkan tepung gandum ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Sejukkan sebentar. Campurkan dengan gula melaka yang dicairkan tadi , sos nampla atau udang kering. Masak kembali atas api kecil hingga pekat. Sejukkan sebelum diguna. Ambil sehelai daun kaduk. Calitkan sedikit manisan cair dan bubuh bahan-bahan intinya mengikut keperluan dan citarasa masing-masing. Lipatkan dan terus dimakan. |
You are subscribed to email updates from di wakaf che yeh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan