Khamis, 13 September 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Kejadian tetak tangan <b>di</b> Kota Bharu, Suspek ragut dicekup

Posted: 12 Sep 2012 05:47 PM PDT

Kejadian tetak tangan di Kota Bharu, Suspek ragut dicekup

KOTA BHARU – Polis yakin dapat menyelesaikan jenayah terhadap seorang wanita yang diragut dan tangan kirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu wartawan, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu telah ditahan dalam satu operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.

"Dalam tangkapan itu, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang telah dicuri di Pulau Pinang,"

katanya pada sidang akhbar semalam.

Laporan Forblogger.net pada 30 Ogos lalu menerusi (Wanita diragut, hampir putus tangan) ini, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar dibawah) berusia 36 tahun, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek terbabit.

Menurut Ismail lagi, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.

Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari dan menjalani proses siasatan rapi.

Eyriqazz Vs Denaihati

Dalam perkembangan lain mangsa tetak berkenaan, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

"Saya masih sangat trauma dengan insiden itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari kini,"

luahnya.

Tambahnya, dia kini mesti berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.- INFO TERKINI @ forblogger.net.

Connect Facebook

5.0

Jengka 19: Kosmo Online - Negara

Posted: 12 Sep 2012 01:47 PM PDT


Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup

Posted:

Suspek ragut, tetak pembantu klinik dicekup

DUA suspek kes tetak dan ragut seorang pembantu klinik dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bahru untuk mendapat perintah reman semalam.


KOTA BHARU - Polis yakin dapat menyelesaikan kejadian seorang wanita yang diragut dan tangankirinya ditetak oleh dua penyamun pada 29 Ogos lalu apabila menahan dua lelaki di dua buah rumah di kawasan Pintu Geng dan Bunut Payong, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, suspek berusia 32 dan 25 tahun itu ditahan dalam operasi selama enam jam bermula pukul 7.50 pagi oleh sepasukan polis di sini.

"Selain tangkapan, kita turut merampas sebilah pisau, pedang, sehelai jaket dan dua topeng. Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg mengandungi rantai tangan dan lima bentuk cincin.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri di Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar semalam.

Pada 30 Ogos lalu Kosmo! melaporkan, seorang pembantu klinik, Rohairani Abdullah (gambar kecil), 36, cedera parah selepas diragut dan ditetak ketika berjalan menuju ke sebuah kedai tudung di Jalan Sultanah Zainab, dekat sini.

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan kiri selepas ditetak tujuh kali dengan parang oleh suspek.

Menurut Ismail, kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah selain dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes ragut di sekitar daerah ini.

Tambahnya, perancangan rapi Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman membolehkan anak buahnya menangkap suspek dalam tempoh dua minggu dan ia harus diberi pujian. Suspek kini direman selama tujuh hari.

Sementara itu, Rohairani ketika ditemui di rumahnya di Pintu Geng di sini berharap suspek dijatuhi hukuman setimpal jika terbukti bersalah.

"Saya masih trauma dengan kejadian itu walaupun saya sudah boleh menggerakkan jari-jari," luahnya.

Tambahnya, dia kini berteman jika hendak ke mana-mana dan tangannya mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh.

Isteri dibunuh angkara cemburu

Posted:

Isteri dibunuh angkara cemburu

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah tempat Novi dibunuh di Seksyen 26, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Perasaan cemburu yang meluap-luap oleh seorang lelaki sampai ke kemuncaknya apabila dia menetak kepala seorang wanita dipercayai isterinya dengan kapak hingga mati selepas hilang pertimbangan ketika bertengkar di rumah sewa mereka di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.15 malam itu mengakibatkan seorang suri rumah, Novi Aryani, 34, dari Jawa, Indonesia mati selepas ditetak sebanyak dua kali di belakang kepala selain dicekik.

Mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di atas lantai biliknya oleh seorang rakan penyewa rumah sama. Rumah setingkat yang memiliki lima bilik itu turut didiami oleh tujuh individu lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, pemeriksaan menemui sebilah kapak di sisi mayat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.

Katanya, siasatan mendapati, sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan telah bertengkar. Lelaki itu telah melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

"Kita percaya motif kejadian akibat cemburu buta namun masih menyiasat punca sebenar. Lelaki itu dipercayai suami mangsa," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, pasangan itu tidak mempunyai permit namun mereka sudah menyertai Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui di mana Ahmad Syafi, 35, berada supaya menghubungi pihaknya di talian 03-5510 2220 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, rakan serumah mangsa, Ahmad Noer Lukman, 33, mendakwa, dia melihat suami mangsa bergelar Mat itu membawa beg dan menyangkut sehelai baju di bahu sebelum memecut laju dengan motosikal.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Wanita cemas kereta terbakar

Posted:

Wanita cemas kereta terbakar

REAKSI Umi selepas melihat kenderaannya terbakar ketika melalui jejambat Jalan Tun Razak dekat bulatan Loke Yew semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan jenis Mitsubishi Storm yang dipandunya terbakar di atas jejambat Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Loke Yew di sini semalam.

Kejadian mencemaskan pukul 11 pagi itu berlaku ketika wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Umi memberhentikan kenderaan berkenaan selepas enjinnya terhenti secara tiba-tiba.

Pekerja di sebuah syarikat swasta itu kemudian cuba menghidupkan kenderaannya tetapi gagal sebelum anggota polis yang tiba selepas menerima aduan kesesakan jalan membantunya untuk menolak kenderaan itu ke tepi.

Tanpa disangka, kenderaan itu terus disambar api di bahagian enjin sebelum wanita itu bergegas keluar sebaik melihat api tersebut.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras yang menerima maklumat pada pukul 11.08 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

Jurucakap bomba memberitahu, pihaknya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk mengawal kebakaran itu namun kenderaan itu telah terbakar sepenuhnya ketika mereka tiba.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads