03 di galas kelantan - Google Blog Search |
Apa Yang Tersirat: Kerajaan Pakatan Rakyat Takut PRU Serentak <b>...</b> Posted: 13 Sep 2012 12:22 AM PDT Rakyat boleh menilai berhubung hasrat kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat-Kecuali Kelantan yang mahu mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen secara berasingan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sama ada tindakan kerajaan negeri-negeri yang dikuasa PR itu disebabkan bimbang mereka akan kalah, Muhyiddin berkata, ia juga terserah kepada rakyat untuk menilainya. "Mungkin juga kerajaan-kerajaan itu gusar kerana rakyat di negeri2 itu sudah bersedia menyokong BN dan hanya menunggu masa mengembalikan negeri itu kepada BN untuk ditadbir," katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini. Beliau mengulas mengenai laporan portal yang memetik pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan berasingan daripada pilihan raya umum; memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui. "Kalau rakyat Selangor sudah bersedia buat keputusan menyokong BN, agaknya waktu pilihan raya Parlimen mereka akan sokong BN tetapi kalau tiada pilihan raya di peringkat negeri setidaknya Anwar Ibrahim dan pengikutnya akan kata mereka tidak kalah di peringkat negeri," katanya. Selepas itu, katanya, mereka akan mengatur strategi untuk mengadakan pilihan raya. "Kita tidak boleh buat tafsiran sama ada itu akan berlaku atau tidak, terserah kepada mereka (kerana) negara mengamalkan demokrasi, rakyat juga ada pilihan untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. "Sama ada ia akan menyebabkan kos berganda pun biar rakyat menilai, sama ada ia akan menimbulkan masalah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih mengetahuinya, yang penting BN Selangor sedia berdepan apa jua keadaan dan situasi," katanya. - BERNAMA |
Ibnu Hasyim: K.tan Sudah Maju Jika <b>Di</b> Bawah BN? -N/Abduh Posted: 15 Sep 2012 04:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku. "Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain. "Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily. Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi. Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu. Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak. Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu. Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza. Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat. Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri. "Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya. "Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya. (Hrkh) |
You are subscribed to email updates from di galas kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan