Ahad, 16 September 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Calon baiki jalan ada peluang menang PRU « Persada

Posted: 09 Sep 2012 11:44 PM PDT

KUALA KRAI – Sokongan pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pertang, dekat sini, pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini akan jadi milik mana-mana calon yang dapat menyelesaikan masalah kerosakan jalan utama di kawasan itu.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, desas desus ratusan pengundi di PDM itu akan mengundi calon mewakili Kerajaan Negeri atau Pusat yang membaiki laluan berkenaan sebelum PRU13, makin kuat kedengaran.

Katanya, tindakan dipercayai bagi menyatakan kekecewaan penduduk terhadap kegagalan pihak berkaitan membaiki kerosakan jalan antara Pasir Gajah ke Kuala Pertang sepanjang kira-kira dua kilometer itu sejak sekian lama.

"Kami sudah lama tunggu jalan ini dibaiki, malah sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan sebelum ini hingga ramai penduduk nak pulau pilihan raya (PRU13) sebab kecewa.

"Wakil rakyat mana baiki jalan ini sebelum pilihan raya, kami akan sokong tidak kira sama ada Umno atau Pas pada PRU13 nanti," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Keadaan laluan antara Pasir Gajah dan Kuala Pertang yang rosak teruk hingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan itu termasuk pelajar pernah beberapa kali disiarkan akhbar ini.

Amaran akan memulaukan pilihan raya jika laluan itu tidak dibaiki sebelum PRU13 juga pernah disuarakan penduduk pada pertemuan bersama ahli politik, pemimpin masyarakat dan wakil agensi kerajaan, Mei lalu.

Penduduk terbabit berkata, pihak berkenaan diingatkan agar tidak pandang ringan desakan terbaru itu kerana undi di PDM tersebut mampu beri kesan besar kepada keputusan PRU13 bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang.

"PDM Kuala Pertang ada tujuh cawangan dan jika majoriti pengundi di setiap cawangan beri sokongan kepada seseorang calon, tentu ada ada kesan besar dan boleh jadi faktor kalah atau menang di Dun Mengkebang," katanya.

//sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads