Jumaat, 28 September 2012

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Cacing Keluar Dari Mulut Budak Terbiar <b>Di</b> Tok Uban, <b>Pasir Mas</b> <b>...</b>

Posted: 22 Sep 2012 08:41 PM PDT

Cacing Keluar Dari Mulut Budak Terbiar Di Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan | "Ketika tiba di sini, budak lelaki ini dimandikan dan disabun berulang kali bagi menghilangkan daki yang melekat di seluruh badan. Melihat perutnya yang buncit, kemungkinan ada cacing kerawit dan ketika badannya digoyang, keluar tujuh cacing kerawit sepanjang sejengkal dari mulut, hidung dan telinga," kata Mat Piah Mat Daud, 57, pembantu am Rumah Anak Yatim Markaz Al-Aitam, Padang Pak Amat, Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, Pasir Puteh.
Mat Piah menceritakan pengalamannya membawa pulang seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang dikatakan langsung tidak mengenali dunia luar apabila menetap di kawasan hutan terpencil di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas, dua bulan lalu.
Budak lelaki itu, Muhammad Nasir Mahmood dikatakan lebih gemar memakan buah-buahan hutan seperti langsat dan salak di kawasan rumah selain minat bergayut pada dahan pokok kecil serta mandi dalam kubang berlumpur yang digunakan kerbau.
Menurut Mat Piah, keperitan hidup Muhammad Nasir berpunca daripada keluarganya yang hidup dalam kemiskinan dan pada masa sama lebih banyak bermain bersendirian selepas ibunya, Roseyatimah Shafiei, 38, mengalami masalah mental.
Katanya, bapa Muhammad Nasir, Mahmood Sulong, 74, meninggal dunia, tiga tahun lalu akibat sakit tua menyebabkan keluarga itu terus dihimpit kemiskinan apabila kehilangan tempat bergantung. Muhammad Nasir mempunyai dua abang dan seorang kakak. Bapa Roseyatimah dikenali sebagai Pak Chu, berusia lingkungan 80-an yang tinggal berhampiran rumah mereka menjadi tempat bergantung walaupun warga emas itu turut hidup serba kekurangan.

"Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila makan nasi sekali sehari selain terpaksa berkongsi dua ikan selar sebesar dua jari dewasa. Disebabkan terlalu leka bermain, Muhammad Nasir dikatakan sering terlepas makan bersama keluarganya menyebabkannya memakan buah-buahan hutan," katanya ketika ditemui di Markaz Al-Aitam, baru-baru ini.

Mat Piah berkata, kasihan melihat keadaan Muhammad Nasir selain tidak mahu cucunya itu terus terbiar, Pak Chu terpaksa meminta bantuan saudaranya supaya kanak-kanak itu dihantar ke Markaz Al-Aitam untuk dijaga.

"Selepas dimaklumkan saudara Pak Chu, saya ditugaskan menjemput Muhammad Nasir di rumahnya. Saya bersama seorang rakan terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk tiba di rumah Muhammad Nasir kerana tidak boleh dimasuki kenderaan.

"Saya tidak sanggup melihat penderitaan Muhammad Nasir dan keluarganya yang tinggal di bangsal buruk hampir runtuh selain keadaan persekitaran kurang menyenangkan dipenuhi lalat, langau serta kotor. Malah, Muhammad Nasir turut bertelanjang ketika kami tiba di rumahnya dan paling memeranjatkan, kanak-kanak itu sedang mengutip sesuatu dalam pasir sebelum memakannya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, selepas dua bulan tinggal di sini, perubahan diri Muhammad Nasir semakin ketara apabila boleh membaca secara perlahan walaupun terpaksa makan secara berasingan kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan rakan lain.
Nota : Tak disangka dalam zaman serba moden ini, masih ramai lagi saudara kita yang menanggung beban diluar sana. Apa peranan masyarakat sekitar yang melihat kedaifan sebegini? peranan pihak berwajib? bantuan ke luar negara kita hantarkan tetapi dalam negara masih terkial-kial mencari sesuap nasi. Ini ibarat pepatah kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan… (betul ke pepatah aku ni? lantaklah janji maksudnya lebih kurang sama). kesahihan cerita ini adalah berdasarkan sumber dibawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads