03 di bunut payong - Google Blog Search |
Pancaroba: Keperitan hidup enam beradik Posted: 07 Oct 2012 07:19 PM PDT KUALA KRAI - Kehidupan enam beradik di Kampung Bunut Payong, dekat Telekong, di sini, kini terumbang-ambing selepas ditinggalkan ibu bapa mereka dalam dua keadaan berbeza. Selepas kematian ibu hampir sebulan lalu, enam beradik itu hilang tempat bergantung apabila bapa mereka pula ditahan pihak berkuasa atas kesalahan dadah, lima hari lalu. Kini, tanggungjawab menjaga Fatin Balqis, 3; Muhammad Izat, 10; Lukman Hakim, 14; dan Fatin Nazira, 18, dipikul bersama kakak dan abang sulung mereka, Fatin Nabila, 20, dan Muhammad Zulfaqar, 23. Selain kehilangan kasih sayang dan tempat bergantung, kehidupan enam beradik itu bertambah perit apabila rumah didiami mereka semakin uzur termasuk dinding reput dan bumbung bocor. Fatin Nabila berkata, ibunya Kartini Yaakob meninggal dunia pada usia 43 tahun, 11 September lalu, akibat barah serviks dan paru-paru dihidapinya sejak tiga tahun lepas. "Ayah pula dihantar ke pusat pemulihan di Kuantan, Pahang, selama dua tahun, jadi sekarang, tanggungjawab sebagai ketua keluarga terpikul atas bahu saya dan abang (Muhammad Zulfaqar)," katanya. Dalam keadaan sekarang, Fatin Nabila bimbang dengan masa depan tiga adiknya yang kecil dan masih bersekolah kerana mereka hanya bergantung kepada pendapatan Muhammad Zulfaqar untuk sara hidup. "Abang hanya kerja sebagai pemandu lori seperti ayah juga dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan. "Dengan gajinya itu, kami akan guna untuk belanja dapur, bayar bil dan duit sekolah adik-adik," katanya. Fatin Nabila sebelum itu menerima kunjungan Penyelaras Wanita Umno Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang, Noor Aizam Abdul Rahman dan anggota Jalinan Rakyat (JR) Wanita Umno, Siti Filzah Che Mat Amin. Mengulas nasib malang enam beradik itu, Noor Aizam melahirkan rasa simpati dan merayu kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan berkenaan agar tampil membantu meringankan beban mereka. "Dengan gaji abang sulung mereka hanya RM600 sebulan, sudah tentu tidak cukup untuk tampung semua perbelanjaan termasuk keperluan dapur dan belanja sekolah jika tidak ada orang lain bantu," katanya. Menurutnya, dia juga masih terkilan kerana usahanya mendapatkan bantuan rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk keluarga itu sebelum ini tidak kesampaian. "Setahu saya, permohonan Kartini untuk rumah PPRT sudah lulus dan bila tak sempat ikut perkembangan kerana saya jatuh sakit awal tahun lalu, saya ingatkan rumah itu sudah dibina," katanya. Noor Aizam yang juga Ketua Wanita Umno cawangan Petanding Timur berkata, beliau cukup mengenali Kartini kerana Allahyarham seorang jentera Wanita Umno cawangan itu. Siti Filzah pula berkata, bantuan lain boleh diberikan terutama kepada Fatin Nabila adalah modal untuk buka kedai pengantin kerana gadis itu ada sijil dan kemahiran dalam bidang tersebut. "Fatin Nabila pernah ikuti kursus andaman dan pengantin di bawah kelolaan Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) tetapi bila mohon pinjaman untuk buka kedai, bank tidak lulus," katanya. |
You are subscribed to email updates from di bunut payong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan