03 di chiku - Google Blog Search |
Ku Li: Serah Tanam Semula <b>Di</b> Kesedar Kepada Felda | Detik <b>...</b> Posted: 15 Oct 2012 01:58 AM PDT GUA MUSANG – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan program tanam semula ladang peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang banyak tertangguh diserah kepada Felda. Katanya Felda mempunyai pengurusan yang cekap dan pegawainya berpengalaman luas dalam bidang itu, berbanding Kesedar yang belum mampu menyempurnakan program tanam semula ladang peneroka sehingga kini. "Kita mahu Felda ambil alih pengurusan tanam semula baki ladang peneroka Kesedar itu kerana kita anggap banyak merugikan peneroka agensi terbabit," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ketua peneroka dari sembilan RKT Kesedar di kediaman Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, di Bandar Chiku, di sini hari ini. Pada majlis perjumpaan lebih sejam itu, wakil rombongan ketua peneroka RKT Kesedar Mohd Napi Nasir menyerahkan memorandum persetujuan kepada Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang, berkata sebelum ini pihaknya sudah beberapa kali menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon persetujuan mengenai perkara itu. Sementara itu, Mohd Isa dalam ucapannya berkata pihaknya akan berbincang dengan Perdana Menteri sebaik pulang ke Kuala Lumpur. Beliau berkata Felda tidak mempunyai halangan untuk mengambil alih pengurusan tanam semula ladang peneroka RKT Kesedar jika Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas pengurusan Felda bersetuju. "Kita memang bersimpati dengan nasib yang dihadapi peneroka Kesedar itu tetapi tunggulah keputusan hasil perbincangan dengan Perdana Menteri nanti," katanya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from di chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan