03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: :: cina islam | 2011 :: Posted: 30 Sep 2012 07:20 AM PDT | TG Nik Aziz setuju ketuai konvoi R ke Putrajaya Posted: 30 Sep 2012 06:15 AM PDT 14 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mengetuai konvoi menuntut royalti ke Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober ini. Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum. Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut. "Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti. "Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya. Sehari sebelum berkonvoi ke Putrajaya, pasukan konvoi akan menyertai Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Shah Alam. Program itu akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Selain mereka, turut akan hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain. Menurut Nazri, Konvoi Mega seluruh negara ke Putrajaya diadakan bagi memberikan isyarat yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat Malaysia, terutamanya Negeri Kelantan sudah bangkit dalam menuntut hak hasil bumi mereka agar dikembalikan. "Ia sebagai saluran baru bagi memberi tahu seluruh rakyat Malaysia selepas semua saluran media pro-kerajaan mahu menutup isu tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke negeri," katanya. Pada hari himpunan di Putrajaya itu juga, mereka akan menyerahkan 150 ribu tandatangan atau referandum kepada Datuk Seri Najib Razak, di pejabat Perdana Menteri. "Jumlah itu adalah 10 peratus nisbahnya daripada Rakyat Negeri Kelantan bagi menggambarkan kepada Perdana Menteri bahawa seluruh Rakyat Kelantan mahukan Wang Royalti dibayar kepada Kerajaan Negeri, Minyak dan Gas perlu didaratkan ke Negeri Kelantan dengan segera," ujarnya. Selain itu, konvoi juga dijangka ke ke Menara Petronas di KLCC bagi menyatakan tuntutan mereka. Harakahdaily/- | Khianat : Cermin kereta dinaiki Salahudin dipecah Posted: 30 Sep 2012 06:09 AM PDT 14 Zulkaedah 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari tadi. Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi tadi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan. "Kita percaya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan penduduk mengadakan perhimpunan hari ini sebab itu melakukan perbuatan khianat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Bagaimanapun laporan polis belum lagi dibuat berhubung kejadian itu. Salahuddin yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) sementara itu berkata, himpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk pagi tadi berlangsung dalam keadaan aman dan dikawal polis walaupun pelbagai ugutan diterima. "Banyak ugutan yang kita terima termasuk sms, panggilan telefon berbentuk amaran agar kita tidak meneruskan himpunan," katanya. Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid. Himpunan pagi tadi bagi membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang. Harakahdaily/- | Ribuan sertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang Posted: 30 Sep 2012 06:05 AM PDT 14 Zulkaedah 1433H. [MOD] - (Antara ribuan penduduk yang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang) JOHOR BAHRU: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini. Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara. Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang. Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang. Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan. Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. Harakahdaily/- | KDYMM Sultan Kelantan menziarahi YAB Tuan Guru di Pulau Melaka Posted: 30 Sep 2012 05:55 AM PDT |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan