03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri - BLOG WAKIL RAKYAT Posted: 30 Sep 2012 03:14 PM PDT Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, Selepas dua hari Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen, sudah banyak pihak yang sudah mula meroyan - dan sudah tentulah mereka adalah puak pembangkang yang tidak pernag mahu mengakui kejayaan dan kebaikan kerajaan BN selama ini. Anda bacalah di FB, Twitter dan media pro mereka, apakah pemimpin pembangkang komen atau memberikan reaksi mereka kepada Bajet 2013 - tidak ada perkara yang baik yang mereka nampak sedangkan majoriti rakyat kini sedang bergembira berterima kasih kepada kerajaan BN dan bersyukur kepada Allah di atas rahmat dan nikmat yang bakal mereka perolehi daripada bajet 2013. Saya berpandangan, bahawa rakyat kita sudah matang sekarang - mereka sudah boleh membuat penilaian dan pertimbangan mengenai rekod cemerlang kerajaan BN dalam mentadbir dan mengurus masa depan negara bertuah ini. Apa pun alasan, apa pun tuduhan, apa pun tindakan - kesemuanya itu tidak mungkin dapat mengubah fakta bahawa sehingga sekarang dan seterusnya, hanya BN yang layak dipilih sebagai kerajaan. Ia berdasarkan rekod dan sejarah yang ada. Pembangkang pula, mereka hidup dalam keadaan angan-angan, menabur janji melalui "perjuangan yang bermodalkan air liur sahaja". Ya, mereka akan berkata pula kononnya sebab mereka belum berkuasa dan kerana itu, mereka tidak mampu lakukan apa-apa. Baik, saya ingin bertanya, siapakah yang sedang berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sekarang ini. Siapakah yang telah berkuasa di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu. Siapa?. Ok, apakah yang mereka buat di negeri-negeri yang mereka kuasai?. Cukuplah rakyat ditipu dan diperbodohkan ... sudah memadai hanya satu penggal di tiga negeri berkenaan rakyat serahkan kepada pembangkang. Cukuplah 20 tahun Pas diberikan peluang di Kelantan ... Rakyat semua mestilah melihat, menilai dan menghakimi mereka dengan sejarah yang ada. Cukuplah rakyat melakukan kesilapan dengan memilih kerajaan yang salah di Selangor, Kelantan, Kedan dan Pulau Pinang ... Rakyat Malaysia mesti bersatu menolak mereka ini yang ternyata dan terbukti GAGAL serta tidak mampu membawa apa-apa faedah untuk rakyat. Kepada semua, undilah BN demi kejayaan, kecemerlang dan kehebatan kita semua. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan