03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
Sidang Media R: Majlis Korban Perdana 1433H anjuran R <b>di</b> 7 DUN ... Posted: 26 Oct 2012 01:57 AM PDT Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin buat semua rakan-rakan wartawan yg banyak menolong kami.Jutaan terima kasih diucapkan. # Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali dgn R menganjurkan majlis Korban Perdana anjuran R yang dilaksanakan di 7 DUN@ lokasi serentak seluruh Kelantan. Iaitu di Bukit Bunga, Jeli. Limbongan dan Gaal, Pasir Puteh. Tawang, Bachok. Pasir Tumboh, Kubang Kerian. Cempaka, Pengkalan Chepa. Bukit Tuku, Rantau Panjang. Ia melibatkan seluruh Aktivis-Aktivis R dan rakyat yang memerlukan di lokasi berkenaan.Program ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan Aktivis-Aktivis R dengan masyarakat setempat. Disamping itu pihak NGO R juga mengadakan kempen penerangan berkenaan tuntutan Royalti Kelantan yang kini berjumlah lebih RM10.4 billion.Inisiatif ini diambil kerana pada waktu dimana anak-anak perantau balik ke kampung-kampung berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara. Moga dengan itu mereka dapat bersama-sama menyertai NGO R. Program dirasmikan oleh YB Dr Nik Mazian, ADUN Gaal, Pasir Puteh.Pada Raya Aidilfitri yang lepas pihak NGO R telah mengedarkan lebih 200,000 sampul duit raya yang grafiknya menerangkan usaha tuntutan Royalti dan pada masa yang sama pihak kami mencetak kempen bagi membantu sumbangan derma Lebuhraya Rakyat: Kuala Krai – Kota Bharu. Lebuhraya merupakan indikator penting kepada pembangunan Negeri. Kepentingan Lebuhraya dapat dirasai terutamanya musim perayaan, dimana semua Anak Perantau balik ke kampung-kampung berhari raya.Contoh terbaik jalanraya sedia ada Gua Musang – KB sesak teruk sewaktu perantauan balik berhari raya setiap tahun. Jalan itu adalah yang terburuk, kelas F seperti yang dilaporkan JKR dan capai tahap kapasiti penuh pada tahun 1986 lagi. Pendiskriminasian ini terus berlaku hingga sekarang yang sudah cecah 26 tahun berlalu. Walaupun bajet telah diluluskan pada tahun 1986, RMK 5 dan pada RMK9 tetapi bajet tersebut ditarik balik. Janji hanya tinggal janji sebab politik sempit Kerajaan Pusat yang mengenepikan aspirasi rakyat Kelantan.Sekiranya bayaran Royalti dapat pada tahun ini, perkara pertama yang NGO R syorkan kepada Kerajaan Negeri ialah membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Gua Musang. Moga dengan tibanya Aidiladha, para pemimpin politik Negara dapat mengenepikan sentimen politik dan utamakan rakyat. Berikan hak kami untuk mendapat ROYALTI dan LEBUHRAYA.Sekian, terima kasih. ALLAHUAKBAR! Mohd Asri Abdullah |
Pemimpin PAS Sendiri Mahu Nik Aziz Segera Berundur Posted: 16 Oct 2012 04:30 PM PDT Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan. Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ? "Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat." Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya. Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya. Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz. Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah. Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan. Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula. Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan