03 di kelaboran - Google Blog Search |
Adun Pas <b>Kelaboran</b> Dan Abby Abadi Nafi Bernikah Posted: 02 Aug 2012 09:34 PM PDT Berita Abby abadi..berita ke 5 minggu ni pasal Abby Abadi..hehehe.Kali ni gosip kahwin pulok. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi. Mohd Zaki Ibrahim yang merupakan wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali. Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.
Abby melalui laman sosial twitter menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai. Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata. Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik. dipetik dari SinarHarian VN:F [1.9.20_1166] VN:F [1.9.20_1166] Adun Pas Kelaboran Mohd Zaki Dan Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah,ENTRY BERKAITAN:
|
gossip-aktif-berpolitik-abby-abadi-sudah-nikah-adun-<b>kelaboran</b>-pas Posted: 01 Aug 2012 12:16 AM PDT Gossip: Aktif Berpolitik, Abby Abadi Sudah Nikah ADUN Kelaboran PAS?Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi di'mana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar 'pendakwah bebas' ini. Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi. Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS. Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap di'lihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini. Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai. Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik. Sekian buletin khas Abby Abadi. Berjumpa lagi di edisi seterusnya jika kami belum bosan. Heh. |
You are subscribed to email updates from di kelaboran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan