Khamis, 4 Oktober 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


KARNIVAL BERTANI SATU IBADAH <b>DI KUALA KRAI</b> - 25.SEPT.2012

Posted: 25 Sep 2012 04:54 PM PDT

~Yusof Rawa: Pengukuh Pas Dengan Ciri Ulama Dan Mengecam Asabiyah~


Yusof Rawa (1921-2000) sebagai Presiden (Yang Dipertua Agung) Pas antara Asri dan Ustaz Fadzil Noor (1982-1999). Kepimpinannya lahir dari dua pergolakan penting. Pergolakan luar dan dalam. Dimaksudkan pergolakan luar ialah berlakunya revolusi Iran yang dipimpin oleh kalangan ulama` diketuai oleh Ayatullah Khomeini. Ini amat mempengaruhi kepimpinannya. Beliau pernah mengungkapkan, ``Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita berjuang.`` Maka dalam ucapan beliau pada Muktamar ke 29 pada tahun 1983 lahirnya cadangan kepimpinan ulama` sebagai mencontohi salah satu kejayaan Islam di Iran. Kepimpinan ulama diperkukuhkan dengan sokongan kalangan `Young Turks` yang menjatuhkan Asri. Puncak bagi pengukuhan kedudukan ulama ialah apabila Yusof Rawa berucap di Muktamar Pas ke 33 pada tahun 1987 memaklumkan tentang keputusan parti menubuhkan `Majlis Syura Ulama`. Dengan penerimaan tentang kepentingan ulama dan pengukuhan dengan `Majlis Syura Ulama` Pas berada di bawah perhatian dan penilaian ulama yang mengekalkan identiti dan integriti Pas.

Pergolakan dalaman dimaksudkan perlantikan Yusof Rawa (1982 –sebagai Pemangku YDP Agung) akibat dari pertelingkahan antara Asri dan pengkut-pengikut dengan pendukung-pendukung parti Pas yang membawa kepada perletakan jawatan Asri dari kepimpinan Pas. Asri dianggap tokoh terakhir memperjuangkan `Nasionalisme Islam`. Kejatuhan Asri yang diganti Yusof Rawa membawa kepada penyerangan terhadap Asabiyah. Menurut Yusof Rawa:

``Fahaman nasionalisme asabiyah di Negara kita adalah warisan pemikiran penjajah yang dicorakkan mengikut acuan nasionalisme Barat dan sikap permusuhan Barat terhadap Islam.`` Penyerangan terhadap nasionalisme Asabiyah membawa perubahan pandangan dalam Pas yang dulu mendokong nasionalisme Islam dan menjadi wadah perjuangan, kini nasionalisme diberi makna seolah-olah sama dengan asabiyah

Yusof Rawa dilahirkan di Pulau Pinang dari kalangan peniaga dan pengusaha (percetakan). Orang tuanya Abdullah Mohamad Noordin ar-Rawa banyak menerbitkan kitab-kitab jawi. Bersekolah Melayu Jalan Carnarvon, Sekolah menengah pula ialah di Government English School dan kemudian ke Penang Free School. Selepas itu orang tuanya menghantar beliau belajar di Makkah.. Keterlibatannya di dalam politik Pas bermula tahun 1959 apabila beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang. Kejayaan beliau yang menarik apabila beliau bertanding pilihanraya 1969 di Kedah menentang Dr. Mahathir dari Umno dan Haji Yusof Rawa Menang,' Pada masanya terbentuk Kerajaan Campuran dan pada tahun 1973 beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Pada tahun 1975 beliau dilantik menjadi Duta Negara Malaysia ke Iran. Kegiatannya di dalam politik Islam (Pas) membawa kepada perlantikan beliau menjadi Pemangku dan Presiden Pas. (1982-1999). Yusof Rawa berada antara pemimpin sebelumnya – Asri dan Ustaz Fadzil selepasnya yang kedua-dua tokoh berkenaan begitu terkenal menyebabkan populariti Yusof Rawa kurang menyerlah. Walau bagaimana banyak pendekatan yang diambil menjadi dokongan ahli dan parti hinggalah kini.

~Ustaz Fadzil Noor Membuka Ruang Kerjasama Politik Dan NGO~

Pemimpin Besar yang pernah dilahirkan oleh Pas. Menjawat Presiden Pas ke 5 pada Muktamar Pas ke 35 (31 Mac 1989) di Melewar. Hebat berpidato dan secara spontan serta bijaksana menyelitkan unsur-unsur sindir dan humor yang memukau pendengar. Memenangi kerusi DUN Bukit Raya, Kedah (1982) dan mempertahankannya selama empat penggal berturut-turut. Beliau juga memenangi kerusi Parlimen Pendang (1999) bersama dengan kerusi Dun Anak Bukit.

Semasa pimpinannya sebagai Presiden Pas beberapa pendekatan dan pembaharuan di dalam Pas dilakukan seperti menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang didaftarkan pada 5 Jun 1990. APU terdiri dari Pas, Semangat 46 (ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh pada 5 Mei 1989 setelah gagal merebut jawatan Presiden UMNO 1987), HAMIM diketuai Dato` Asri dan BERJASA diketuai Dato` Mohd Nasir). Pergolakan politik 1999 berikutan pemecatan Dato` Seri Anwar membawa kepada penubuhan Majlis Gerakan Keadilan (GERAK) gabungan parti-parti politik dan NGO bagi menentang ketidakadilan UMNO-BN di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamed. Dari pergolakan tersebut membawa kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada 4 April 1999. GERAK kemudiannya menjadi Barisan Alternatif. Ustaz Fadzil Noor memainkan peranan yang penting di dalam pergolakan dan penubuhan GERAK dan Barisan Alternatif. Pada masa pimpinan Ustaz Fadzil hubungan antara kaum yang diasas melalui Chinese Consultative Council (CCC) dipertingkat di dalam pilihanraya 1999 yang membawa kemenangan besar bagi Barisan Alternatif dan Pas meneruskan penguasaan di Kelantan dan menguasai Terengganu pada 1999.

Ustaz Fadzil berkelahiran Kedah adalah keluaran Maktab Mahmud Kedah, melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dalam biudang Syariah (1967). Pernah berkhidmat sebagai guru di Maktab Mahmud, Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1973-1978. Sebelum itu pernah bergiat dalam ABIM sebagai Timbalan Presiden 1974-1978).

Semasa beliau dan Pas berada pada puncak kejayaan beliau meninggal pada 2002.

~Profesor Dato` Dr. Haron Din~


Bermula dengan kerjaya sebagai Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Islam, sejak awal Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dan menjawat sebagai Profesor. Beliau adalah keluaran Kolej Islam Kelang – Sijil Tertinggi (1965). Menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar pada peringkat Master (1966-68) dan Ph. D di Universiti Darul Ulum Qahirah (1972-74). Sekembalinya beliau berkhidmat di UKM.

Darussyifa` ditubuhkan pada 1977 dengan beberapa pelajar datang meminta beliau mengajarkan `Perubatan` yang beliau praktikkan bermula dari kediamannya di Taman Bangi di Jalan Reko, Kajang. Kemudian berpindah ke No. 3, Jalan 1/7D, Bandar Baru Bangi. Bermula dari seorang pelajar (Abdul Rahman Mustafa (1977) dan berkembang hingga berjumlah 32 (1980). Bangunan Daruysifa` sekarang dibina dan digunakan pada 17 Mac 1990 bersamaan 01 Ramadhan 1411. Kini Darussyifa mempunyai banyak cawangan di dalam negeri Selangor (8) dan luar dari negeri Selangor (40). Kini pelajar-pelajarnya berjumlah puluh ribuan. Beliau dianggap orang terawal memperkenalkan Rawatan Islam dengan pendekatan tersendiri dan menjadi ikon masyarakat umat.
Dr. Harun Din yang berasal dari Perlis ini seorang tokoh prolific dan banyak menghasilkan karangan.

Antara karyanya ialah Manusia dan Islam, Islam Jihad Sebagai Survival Islam dan beberapa siri karya perubatan Islam/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads