Rabu, 31 Oktober 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


JANJI DITEPATI ! WALAU KALAH PRK <b>MANEK URAI</b>, DEMI <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 12:55 AM PDT

Masih lagi terngiang-ngiang lagi di telinga APBN ketika Datuk Seri Liaw Tiong Lai hadir memberi ucapan di belakang kedai kopi Luwi sebelah padang bola Manek Urai Lama yang menyatakan jika BN memenangi PRK Manek Urai ini , kerajaan akan membina sebuah Hospital Kuala Krai yang baru demi menampung kapasiti pesakit dari kawasan pedalaman sekitar Parlimen Kuala Krai (Dun Guchil, Mengkebang, Manek Urai dan Dabong) dan Gua Musang (Dun Galas, Nenggiri dan Paloh). Pada peringkat ini kerajaan BN sudahpun melemparkan janji kepada seluruh rakyat , namun malangnya BN tewas di sini dengan hanya 65 undi. Oleh yang demikian , harapan rakyat pun berkubur.

Melihat akan keperitan rakyat di pedalaman Kelantan , PM Najib telah mengambil sikap tidak ambil hati atau takpa lah dengan rakyat malah dengan peribadi cakna, Hospital Kuala Krai yang baru tetap dibangunkan dilokasi yang paling strategik iaitu di Kg Pahi berhadapan ladang Malakoff di atas tanah seluas 50 ekar-100 ekar . 
Berikut adalah foto yang telah dirakam menunjukkan bukti kerajaan Barisan Nasional tetap mengutamakan rakyat melebihi janji yang diberi. 

Walaupun dalam peringkat awal pembinaan dan cuci tanah namun sebagai hambaallah yang diajar mengikut ajaran agama Islam supaya mensyukuri nikmat rezeki dan kesenangan , tiada apa yang dapat APBN katakan melainkan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih kepada PM Najib serta pentadbiran kerajaan Malaysia kerana menjadikan kami yakni rakyat sebagai yang terutama melebihi kepentingan yang lain.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Pssttt: Ikhlas APBN adalah orang yang dahulunya paling tak suka pada lagu ini, tapi makin lama dengar makin lekat di hati. Masyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads