Isnin, 29 Oktober 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Wakaf Che Yeh</b>, kawasan sekitar - Kota <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 02:55 AM PDT

KOTA BHARU - Kira-kira 5,000 penduduk di sekitar Wakaf Che Yeh dan kawasan sekitarnya dinasihat supaya menyimpan bekalan air yang mencukupi Rabu ini berikutan jangkaan gangguan bekalan.
Gangguan berlaku ekoran kerja-kerja pemasangan injap utama paip di Loji Rawatan Air Pintu Geng di sini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata kerja pemasangan bermula 9 malam dan berakhir 4 pagi Khamis.
Antara kawasan yang terlibat ialah sekitar Wakaf Che Yeh, Pintu Geng dan kampung sekitarnya, Pendek, Mulong, Kedai Piah, Salor, Kampung Seberang Pasir Mas, Bendang Paku dan Aur Duri.
Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Info AKSB di talian 1300-88-2572. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads