Selasa, 9 Oktober 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


ROYALTI Serah Memorandum Tuntut Hak Minyak <b>di Kelantan</b>.

Posted: 04 Oct 2012 03:19 AM PDT

 

alt

 

KUALA LUMPUR, 4 Okt - Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk utama Bangunan Parlimen Malaysia hari ini bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkaitan tuntutan yang disuarakan badan bukan Kerajaan tersebut.

Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut adalah mendesak Perdana Menteri memastikan pembayaran Wang Royalti secara tunai dibuat oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974. Akta yang menggantikan Ordinan Darurat 1969 dan 3 Batu Nautika itu ada mengatakan berkaitan pemberian royalti minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri.

Menurut Pengerusi ROYALTI Nazri Deraman, Sultan Muhammad V Tuanku Faris Petra pernah bertitah pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12 Disember 2012 lalu, sekaligus mendapat sokongan penuh pertubuhan itu (ROYALTI).

"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon industri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi," titah baginda.

Oleh yang demikian juga, ROYALTI menggesa Perdana Menteri dan PETRONAS supaya pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km diwujudkan di negeri Kelantan.

Perhimpunan aman dan penyerahan memorandum ini dihadiri kira-kira 50 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa ROYALTI.

Memorandum tersebut diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads