03 di gua musang - Google Blog Search |
Dia buat dah: Anggota polis parah ditembak <b>di Gua Musang</b> Posted: 30 Oct 2012 08:06 AM PDT KOTA BHARU- Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah, selepas ditembak penjenayah dengan beberapa das tembakan di bahagian dada, dalam kejadian di hadapan Balai Polis Paloh 2, Gua Musang, di sini pagi tadi. Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd Shamsul Anuar Mohd Adnan, 27, bersama beberapa anggota dari balai berkenaan menyertai operasi sekatakan jalan raya di hadapan balai terbabit, setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian samun di bandar Gua Musang. Dipercayai semasa kejadian mangsa yang bertindak nekad memberkas dua suspek di dalam dua kereta berasingan iaitu kereta jenis Honda dan BMW ditembak salah seorang suspek ketika mereka cuba melarikan diri dengan melakukan pusingan U. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman dan kini ditempatkan di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pembedahan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihak polis sudah mengepung sekitar kawasan Felda terbabit bagi mengesan suspek. "Walau bagaimanapun, polis berjaya mendapatkan semula kedua-dua kenderaan itu namun suspek yang berada di dalam kereta itu berjaya meloloskan diri. "Buat masa ini kita masih memburu suspek dan kita giat menjalankan siasatan bagi menangkap mereka yang terlibat,"katanya kepada pemberita pada sidang media di HRPZ II selepas menemui keluarga isteri mangsa, Maisarah di dewan menunggu. Dalam perkembangan yang sama, Khalid berkata di atas keberanian Mohd Shamsul, beliau mengumumkan kenaikan pangkat serta-merta anggota terbabit ke peringkat yang lebih baik sebagai ganjaran terhadap tindakannya itu dalam membenteras jenayah. Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. Sementara itu menurut isteri mangsa, Maisarah Kasim, 27, dia hanya mengetahui suaminya mengalami kecederaan parah selepas diberitahu rakan sekerja suaminya, melalui panggilan telefon kira-kira jam 1.30 pagi. "Terkejut juga apabila menerima berita itu, namun saya tabahkan hati dan berharap agar suami berada dalam keadaan stabil dan dapat menjalani pembedahan dengan selamat. "Suami saya seorang yang rajin bekerja walaupun bercuti serta tidak pernah merungut dan sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dengan ikhlas terhadap pasukan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan