ads

Sabtu, 3 November 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Air: Penduduk Adakan Demonstrasi 15 Tahun Berdepan Masalah <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2012 01:04 PM PDT

Sebahagian penduduk Kampung Kubang Telaga dan Kampung Permatang Pasir di Bachok mengadakan demonstrasi menuntut bekalan air bersih hari ini.

Oleh IZZ MIQAEL

BACHOK – Penduduk Kampung Kubang Telaga dan Kampung Permatang Pasir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, dekat sini mengadakan demonstrasi aman menuntut Kerajaan Negeri segera menyelesaikan kemelut air yang melanda sejak 15 tahun lalu.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali berkata, dalam tempoh berkenaan, penduduk di dua kampung itu hanya bergantung kepada sumber air perigi dan tali air yang tidak dirawat.

Menurutnya, kebanyakan penduduk terlibat terdiri daripada petani yang berpendapatan RM500 ke bawah .

"Kualiti air yang digunakan tidak memuaskan dan dan boleh memudaratkan kesihatan penduduk kerana keadaan perigi hampir kering dan berkeladak pada musim kemarau.

"Apabila tiba musim tengkujuh, ia dipenuhi dengan kotoran yang dibawa air banjir kerana dua lokasi itu terletak di pinggir sawah serta sering ditenggelami air,"katanya kepada pemberita di Kampung Kubang Telaga, tengahari tadi.

Beliau berkata, penduduk yang berkumpul hari ini tanpa mengira fahaman politik mahu MTRK mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed untuk mendapatkan dua unit penapis air 1Malaysia yang memerlukan kos mencecah RM200,000 dalam tempoh yang terdekat.

Beliau berkata, kemudahan yang sama sebelum ini disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan krisis air bersih di Jajahan Tumpat dan Pasir Mas awal tahun ini.

Menurutnya, penduduk melahirkan rasa kecewa terhadap kegagalan negeri menyelesaikan isu ini termasuk sikap tidak perihatin pempimpin parti berkenaan untuk melihat dan meninjau sendiri tentang kualiti air yang digunakan oleh penduduk sejak sekian lama.

Azmi berkata, keperluan dua unit penapis air itu sekurang-kurangnya mampu membekalkan air yang dirawat dan bersih kepada penduduk bagi tujuan memasak atau bekalan minuman.

"Dalam hal ini pemimpin kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat kecuali mengkritik kualiti penapis air 1Malaysia yang dibekalkan Kerajaan Persekutuan," katanya.

"Rakyat Kelantan seharusnya bersyukur apabila tanggungjawab membela kebajikan rakyat ini sentiasa dibantu oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved