ads

Ahad, 4 November 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di mengkebang - Google Blog Search


3 Keluarga Mangsa Puting Beliung | Detik Perubahan

Posted: 26 Sep 2012 02:55 AM PDT

KUALA KRAI – Sekurang-kurangnya tiga keluarga di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang, dekat sini, berdepan cetik cemas selepas kediaman mereka rosak teruk akibat dipukul ribut, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu merosakkan dua rumah di Kampung Keroh dan sebuah rumah di Blok Pasir Puteh, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang.

Mangsa dari Blok Pasir Puteh, Che Rogayah Che Mamat, 48, berkata, kejadian ketika azan Asar itu menyebabkan struktur bumbung bahagian hadapan rumahnya diterbangkan angin dipercayai puting beliung.

"Kejadian juga menyebabkan sebahagian besar bumbung rumah saya rosak termasuk akibat ditimpa kayu dan zink bumbung yang tercabut," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Che Rogayah berkata, pusaran angin kencang buat kali kedua menyebabkan sebahagian bumbung yang tercabut diterbangkan ke belakang rumah manakala sebahagian lagi melekat atas bumbung ruang tamu.

"Walaupun tidak diterbangkan angin, ada bahagian bumbung rumah tercabut dan banyak zink perlu diganti baru sebab rosak," katanya yang tinggal di rumah itu bersama lapan ahli keluarga termasuk anak, cucu dan menantu.

Anak Che Rogayah yang ada di rumah ketika kejadian, Norma Mustafa pula berkata, dia melihat bumbung bahagian hadapan rumahnya terangkat-angkat sebelum tercabut dan diterbangkan angin kencang.

"Saya terus dukung anak berusia dua bulan masuk dalam bilik tetapi bumbung dalam bilik pun bergegar dilanda ribut, jadi saya hanya mampu menjerit sebab tak tahu nak buat apa.

"Waktu itu tidak hujan, hanya angin kencang sahaja dan bila angin berhenti, baru hujan," katanya yang bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat dalam kejadian itu.

Dua mangsa ribut di Kampung Keroh, Siti Hawa Jusoh dan Ramli Mahmud turut mengalami nasib sama apabila bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang dalam kejadian itu.

Sementara itu, Penyelaras Dun Mengkebang, Azizzuddin Hussein berkata, ketiga-tiga keluarga terbabit diberikan bantuan segera termasuk zink, kayu dan papan dinding bagi membaiki kerosakan rumah mereka.

"Selain zink dan kayu, kita beri papan dinding untuk Siti Hawa kerana di samping bumbung dan dinding rumah rosak, bilik airnya juga runtuh dalam kejadian sama," katanya.

Menurut Azizzuddin, bantuan segera untuk mangsa bencana alam dapat disalurkan selepas prosedur baru Kerajaan Persekutuan membolehkan Penyelaras Dun sendiri meluluskannya.

"Kalau dulu ambil masa lama kerana perlu ada laporan polis dan kelulusan agensi kerajaan berkenaan terlebih dahulu tetapi sekarang, jika layak, saya sebagai Penyelaras Dun boleh luluskan bantuan 'on the spot'.

"Terima kasih Kerajaan Persekutuan kerana dengan cara ini, kami selaku Penyelaras Dun dapat segera membantu ketika saat rakyat ditimpa kesusahan perlukan bantuan," katanya. – Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved