Sabtu, 17 November 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Dua Kereta Terbakar, Seorang Rentung | Kamaluddin's Blog

Posted: 17 Nov 2012 08:17 AM PST

- Nov 18, 2012 00:17:49.

KUCHING: Seorang mati terbakar sementara seorang selamat dalam dua kejadian kemalangan berasingan di Kuching dan Bau kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 3 petang apabila sebuah kereta Proton Iswara Aeroback yang di pandu seorang lelaki yang belum dikenalpasti rentung selepas berlanggar dengan sebuah lori tiga tan.

Pemandu lori, Lend Kendong memberitahu beliau sedang dalam perjalanan membawa muatan minuman ringan dari Lundu ke kilang di Batu Kitang dan terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta Iswara memasuki lorong yang bertentangan.

"Saya melihat kereta memasuki lorong yang dilaluinya dan memberi amaran meggunakan lampu tetapi kereta tersebut masih terus melalui lorong yang bertentangan menhala kearah saya," kata Lend Kendong, 46,yang berasal dari Pendawan.

Beliau mengatakan, bagi mengelak berlaku perlanggaran beliau telak mengelak ketepi jalan tetapi kereta Iswara tersebut melanggar pada bahagian sisi lori yang dipandunya dan terbakar.

Kent dan beberapa pemandu yang kebetulan berada ditempat kejadian cuba membantu mengeluarkan pemandu yang terperangkap didalam kereta Iswara tersebut tetapi gagal kerana api marak dengan cepat.

Pasukan Bomba dari Balai Bau tiba ditempat kejadian setelah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan menemui mayat yang sudah rentung dan sukar dikenalpasti.

Mangsa kemudiannya dikenalpasti sebagai Francis Linco Rinden dari Kampung Opar dihantar ke Hospital Bau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Mohd Sabri Zainol berkata mangsa yang bekerja sebagai juruteknik di Sesco dalam perjalanan dari Betong ke Bau. Beliau meninggalkan seorang balu seorang jururawat di Hospital Bau dan seoran anak berusia satu tahun.

 ++++++

Dalam kejadian berasingan yang berlaku tengahmalam kelmarin, seorang lelaki  terselamat setelah keretanya terbakar akibat kemalangan berhampiran Kota Sentosa.

Lelaki berusia 36 tahun dari Jalan Perupok di Gita dipercayai dalam perjalanan pulang apabila kereta yang juga Proston Iswara Aeroback  dipandunya hilang kawalan dan terbalik dihadapan stesyen minyak.

Kereta terbakar dengan cepat dan beliau yang terperangkap didalam menjerit meminta bantuan apabila pakaiannya mula dijilat api.

Orangramai berjaya mengeluarkan pemandu sebelum api terus marak memusnahkan kereta tersebut

Orangramai menggunakan pemadam api yang terdapat di stesyen minyak berhampiran untuk memadam api yang membakar pakaian mangsa sebelum pasukan Bomba tiba memadamkan kebakaran kereta Iswara tersebut.

Pemandu cedera melecur dibahagian kaki akibat kemalangan tersebut dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

Nasib berbeza dua pemandu Proton Iswara - The Borneo Post Online

Posted: 16 Nov 2012 05:25 PM PST

Posted on November 17, 2012, Saturday

TRAGIS: Keadaan kereta Proton Iswara milik mangsa yang belum diketahui identitinya.

KUCHING: Seorang juru-teknik rentung manakala seorang lagi melecur separuh badan selepas kedua-dua kereta yang dipandu mereka terbakar dalam dua kemalangan jalan raya yang berasingan semalam.

Kemalangan yang me-ngorbankan Francis Linco Rinden, 29, dilaporkan berlaku di Tondong, Bau apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya terbakar selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori sekitar jam 2 petang semalam.

Pemandu lori tersebut, Kend Kandong semasa di-temui pemberita memberitahu dia semasa kemalangan tersebut dalam perjalanan menuju ke Batu Kitang, Bau sebelum kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba memasuki laluannya.

"Saya terus memberikan isyarat lampu kepadanya, tetapi dia tidak berganjak membuatkan saya terpaksa memandu ke tepi jalan untuk mengelak daripada merempuh keretanya," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kereta mangsa telah merempuh bahagian tepi lori yang dipandunya sebelum api mula marak dari bahagian hadapan kereta mangsa.

"Saya bersama beberapa lagi orang awam kemudian berusaha menyelamatkannya namun api merebak dengan cepat dan belum sampai se-minit rasanya kereta tersebut habis dijilat api," kata Kend lagi.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba, Bau bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan berhubung kejadian.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Bau untuk tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Mohd Sabri Zainol semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang lelaki berjaya diselamatkan daripada rentung selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Batu 6 di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, 36, berasal dari Perupok, Gita semasa kemalangan tersebut dpercayai dalam perjalanan pulang sebelum keretanya terbabas lalu terbalik di hadapan sebuah stesen minyak.

Orang awam yang me-nyaksikan kejadian segera membantu mangsa selepas api mula marak dari hadapan kereta tersebut.

"Kami menggunakan kira-kira enam pemadam api dari stesen minyak berdekatan untuk meredakan api sebelum berusaha mengeluarkan mangsa dari keretanya," kata seorang daripada orang awam yang membantu mengeluarkan mangsa.

Mangsa yang dilaporkan melecur separuh badan, kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads