Isnin, 3 Disember 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Menjawab tulisan Dollah <b>Kok Lanas</b> « Melaka Merdeka

Posted: 02 Dec 2012 06:07 PM PST

Semalam di akhbar Sinar Harian (2/12/12) telah menyiarkan tulisan Tan Sri Abdullah, bekas ahli parlimen Machang dan Kok Lanas ini mengenai peluang Umno di dalam PRU ke 13. Belaiu juga dikenali sebagai Dollah Komunis atau Dollah ISA kerana pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) satu tuduhan yang dinafikan oleh beliau. Penulis membaca berulang kali dan akan memecahkan kepada tiga isu yang diutarakan oleh TS Abdullah ini.

Pertama isu keyakinan beliau bahawa Barisan Nasional (BN) akan memperolehi 145-160 kerusi parlimen sekaligus mendapat 2/3 majoriti parlimen. Mengikut teori beliau keyakinan ini timbul selepas melihatkan gerak kerja Umno yang berterusan dan semangat ahli-ahli Umno yang ingin menang semula di dalam Perhimpunan Umno baru lalu di PWTC. Kedua pembangkang tidak berpijak di bumi nyata kerana jelas kekuatan jentera pilihanraya mereka tidak setanding dengan BN. Malah pembangkang katanya (Pakatan Rakyat) tidak mempunyai sokongan kuat dari rakyat dan boleh dikatakan rakyat sudah bersedia menolak kerajaan Pakatan di Kedah, Penang, Selangor dan Kelantan. Habis kuat pun pembangkang akan mengekalkan "status quo" di empat negeri ini.

Ketiga, keyakinan rakyat kepada Najib Razak yang katanya lebih moderat dan sederhana di dalam tindakan. Beliau memetik beberapa pandangan orang cina yang katanya tidak bersetuju dengan langkah PAS yang melarang wanita bukan muhrim memotong rambut lelaki di salun. Kata Dollah lagi, majoriti kaum India sudah menolak Pakatan kerana tertarik dengan gaya Najib Razak. Bagaimana pun penulis memuji beliau kerana tidak menyerang peribadi Dato Seri Anwar (kerana penulis yakin beliau tahu tuduhan itu tidak betul).

Mari kita jawab isu pertama dahulu. Kata Dollah, pembangkang tidak berpijak di bumi nyata kerana rakyat dibawah sudah menolak kerajaan Pakatan. Penulis tidak pasti dari sumber manakah yang beliau kutip. Jika dari sumber Umno jelas beliau telah terpedaya. Beliau cuma mengambil semangat ahli Umno di perhimpunan. Tetapi sedarkah beliau Muktamar Agung PAS di Kota Bharu bulan lepas, menunjukkan keazaman yang tinggi dari jentera PAS untuk mengambil alih Putrajaya. Seperti kata TG Nik Aziz, baru kali ini beliau merasakan Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Jika beliau mensasarkan BN boleh menang 145-160 kerusi sepatutnya beliau lebih realistik kerana perkembangan politik di Sabah dan Sarawak berubah dengan cepat.

Isu kedua, Dollah menulis katanya habis kuat "status quo" kekal seperti keputusan PRU 2008. Kita ambil contoh rakyat negeri Johor. Menteri Besar Johor sendiri, TS Abdul Ghani telah berkata sekurang-kurangnya 9 kerusi parlimen kemungkinan akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Himpunan rakyat di Parit Raja dua hari lepas membuktikan kata-kata Ghani. Negeri Johor adalah kubu kuat Umno zaman berzaman, jika 15,000 rakyat boleh berhimpun pada hari itu jelas menunjukkan negeri Johor berada dalam keadaan bahaya. Kawasan itu adalah majoriti Melayu dari keturunan Jawa. Komposisi kaum di Johor seperti negeri Selangor. Cuma yang membezakan ialah sokongan MCA yang kuat disana bagaimana pun kekuatan MCA di sana jelas bergoyang dengan kemasukan Chua Jui Meng kedalam PKR.

Di Selangor, kita boleh membuat audit tahap kepuasan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di kedai-kedai kopi. Kebanyakan mereka gembira dengan corak pemerintahan TS Abdul Khalid Ibrahim. Penulis berani katakan Umno akan mengalami sokongan yang menurun dan paling banyak Umno boleh menang di dewan undangan negeri ialah 13 kerusi (sekarang Umno mempunyai 18 kerusi dun). Begitu juga di Pulau Pinang. Penulis berani katakan tidak ada sebab Pakatan boleh kalah. Yang percaya BN boleh menang semula hanya Rizal Merican, Ketua Penerangan Umno Pulau Pinang sahaja.

Ketiga mengenai ketokohan Najib Razak. Rakyat di Malaysia semasa pengundian kelak akan melihat dua tokoh sahaja semasa mengundi. Pertama Najib dan kedua Anwar. Masyarakat cina amnya akan melihat kesederhanaan Anwar jika dibanding dengan Najib. Mereka tidak melihat tindakan PAS di Kelantan sebagai isu besar kerana masyarakat cina di sana tidak lebih 5 peratus sahaja. Najib mempunyai pelbagai skandal dan isu yang tidak diselesaikan dengan baik antaranya isu Scorpene, Lynas, ekonomi yang tidak berkembang dan banyak lagi yang menjadi perbualan masyarakat cina. Bagi masyarakat India, penulis sedikit khuatir kerana jelas MIC bekerja keras untuk menarik semula sokongan kaum India. Jika Najib mengadakan pilihanraya dua tahun lepas penulis percaya majoriti kaum India akan mengundi BN. Tetapi dengan pelbagai isu yang melingkari kaum India, dan berdasarkan sokongan semasa kaum India kepada program Pakatan penulis percaya majoriti dari mereka akan menyokong Pakatan Rakyat.

Satu-satunya yang Dollah Kok Lanas boleh percaya ialah sokongan orang-orang melayu kepada Barisan Nasional. Setakat ini penulis berani katakan 55 peratus orang melayu menyokong BN terutama masyarakat luar bandar dan warga Felda. Tetapi tahun 99, adalah satu indikator yang baik iaitu tahun dimana orang melayu menolak Umno dan jelas Umno terpaksa bergantung sepenuhnya kepada sokongan bukan melayu. Di sinlah ketokohan Najib dan Anwar dipertaruhkan. Penulis percaya jika debat diadakan antara Anwar dan Najib, sokongan orang melayu kepada BN akan berubah. Itulah sebab Najib sentiasa mencari alasan menolak perdebatan antara mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads