03 di kota bharu - Google Blog Search |
Sembang Cerita: Rumah Sewa <b>Di Kota Bharu</b> Posted: 06 Dec 2012 01:02 AM PST LAMA juga SC tidak mengemaskini blog ini, bukan sengaja SC tidak mengemaskini blog ini tetapi terpaksa kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi penulis, kebetulan pada hari ini SC mempunyai sedikit kelapangan waktu jadi SC mengambil kesempatan ini untuk mengemaskini blog ini. Rumah Sewa Di Kota Bharu menjadi topik SC pada kali ini, hendak menjadi cerita baru-baru ini tuan punya rumah sewa yang disewa SC telah meminta SC mengosongkan rumahnya kerana anak saudara beliau mahu menetap di rumah berkenaan. Oleh yang demikian terpaksalah SC berhempas-pulas mencari rumah sewa baru. Setiap kali balik kerja SC akan membuka laman mudah.my untuk mencari kalau-kalau ada rumah untuk disewa di sekitar Kota Bharu yang berdekatan dengan Jalan Kebun Sultan, namun setiap kali SC membukanya tiada satu pun rumah sewa yang di dapati cuma yang ada di Pengkalan Chepa, ini memeningkan SC kebetulan housemate SC kebanyakkanya pelajar yang tiada kenderaan sendiri. Tak taulah SC kenapa susah sangat nak dapat rumah sewa sekitar bandar Kota Bharu ni, mungkin orang Kelantan ni lebih bijak menguruskan aset, kebanyakkan rumah-rumah yang mereka ada tidak dijadikan rumah sewa sebaliknya mereka lebih gemar menjadikanya homestay ataupun rumah tumpangan. Mana taknya mereka akan dapat pulangan yang lebih lumayan dengan membuat rumah mereka menjadi homestay paling penting mereka akan dapat duit dahulu sedangkan rumah sewa mereka terpaksa menunggu sehingga hujung bulan untuk mendapatkan bayaran. Daripada kesusahan SC untuk mencari rumah sewa timbul idea di benak fikiran SC bahawa kenapa kalau aku tak buat bilik sewa, dalam pada itu terjumpa pula satu bangunan yang sewanya yang agak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan yang lain, SC akan berusaha untuk membuat bilik sewa di bangunan itu. Kesimpulanya di sini, sekiranya korang semua nak cari rumah sewa dekat area sini sememangnya susah sekali, sekiranya korang nak menetap di Kota Bharu dan nak mencari rumah sewa adalah lebih baik korang cari tiga bulan lebih awal daripada tarikh korang nak menetap. Kalau tak susah korang nanti. SC: Memang susah nak mencari rumah sewa di Kota Bharu. |
You are subscribed to email updates from di kota bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan