Isnin, 10 Disember 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Lori Balak Nik Aziz Terlebih Muatan Terbalik <b>Di Kuala Krai</b> - Video <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2012 09:38 PM PST

KUALA KRAI - "Bila dengar dentuman kuat, saya terus berlari keluar kerana anak saya ada di luar rumah," kata Tuan Faizah Raja Daud menceritakan kejadian lori balak penuh muatan terbalik berhampiran rumahnya, di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2 petang di Kampung Enggong, berlaku apabila lebih 40 balak terjatuh dari lori itu dan bergolek ke kawasan kediaman berkenaan lalu menghempap garaj di hadapannya.

Tuan Faizah berkata, dia bagaimana pun bersyukur kerana dua anaknya, Putera Mohd Danial Mohamad Noor Azwi, 11, dan Puteri Sara Nur Nabila, 3, sudah pun berada di belakang rumah ketika kejadian.

"Bila dengar dentuman kuat dan rumah rasa bergegar, saya berlari keluar untuk cari mereka berdua kerana sebelum itu, mereka bermain di hadapan rumah," katanya yang ada empat anak berusia antara tiga tahun dan 17 tahun.

Lori lebih muatan, rantai pengikat balak putus

Suami Tuan Faizah, Mohamad Noor Azwi Kassim, 42, pula berkata, selain struktur dan sebatang tiang garaj patah, sebuah motosikal turut rosak dihempap runtuhan garaj dengan anggaran kerugian RM7,000.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas rantai besi pengikat balak tiba-tiba terputus, menyebabkan lori didakwa membawa lebih muatan itu gagal dikawal hingga terbabas dan terbalik.

"Nasib baik tak berlaku lewat petang kerana selalunya waktu itu anak saya bermain di hadapan rumah.

"Kebetulan juga, hanya sebuah motosikal bawah garaj masa kejadian kerana selalunya ada lima buah," katanya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit dalam perjalanan keluar selepas mengambil muatan dari beta balak di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Chenulang hanya cedera ringan pada lutut kaki kanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads