03 di perupok - Google Blog Search |
Kedah Ku Jua: Petani Kubur Panjang rugi sawah ditenggelami air Posted: 04 Dec 2012 02:26 AM PST Seramai 20 pesawah di Kampung Perupok, Kubur Panjang di Pendang kerugian lebih RM20,000 akibat sawah mereka yang keseluruhan seluas 28.35 hektar ditenggelami air sebanyak empat kali mulai awal September lepas. Ketua Unit Padang Kampung Perupok, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubor Panjang, Ahmad Tarmizi berkata kejadian terbaharu berlaku empat hari lalu akibat hujan lebat, ketika anak padi berusia dua minggu. Beliau berkata punca utama sawah ditengelami air ialah kerana tali air yang sepatutnya menyalurkan air ke Sungai Lampam tersumbat dan menyebabkan air bertakung hampir seminggu. Tali air itu dikatakan tidak diselenggara sejak 20 tahun lepas. "Sepatutnya hujung bulan depan, padi sudah boleh dituai," katanya. Ahmad berkata perkara tersebut pernah diadu kepada Jabatan Perairan dan Saliran, namun gagal diatasi. Seorang pesawah Ahmad Zaki Ladin, 48, yang mengusakan sawah seluas 1.2 hektar berkata beliau mengalami kerugian kira-kira RM2,000. "Kita beli benih padi dengan cara berhutang dengan PPK. Satu kampit berharga RM30. Dengan keadaan ini, kita tidak dapat jelaskan hutang sementara hasil padi tidak dapat dipastikan," katanya. (Sumber: Bernama |
You are subscribed to email updates from di perupok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan