03 di rantau panjang - Google Blog Search |
<b>Rantau Panjang</b> | Membeli-belah <b>di</b> Kelantan Posted: 25 Mar 2012 09:02 AM PDT Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang. Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini. Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan. Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand. Apa yang boleh didapati?Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor. Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata "macam-macam ada". Jersi bola dan sportwearJika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi gred A dan maklumkan kepada pekedai. Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti kain tidak jauh berbeza dan selesa memakainya. Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, ada sehingga RM10 bezanya!. Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas. Jangan tak percaya, kebanyakan peniaga online mengambil barangan di Rantau Panjang dan menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%. Pinggan MangkukPelbagai jenis pinggan mangkuk pelbagai jenama dan jenis yang diimport dari luar negara boleh anda dapati di sini. Dari jenama Vantage, Corelle, Tefal, Corningware, Visions, Pyrex dan pelbagai lagi. Pastikan barangan bukan tiruan dengan bertanya kepada penjual terlebih dahulu. Dari segi harga amat berpatutan dan ketika terdapat sale, harganya memang murah. Pada waktu cuti sekolah, biasanya pekedai akan menawarkan promosi dan diskaun untuk sesetengah barangan.
Periuk dan kuali import berjenama TefalDisini juga anda boleh mendapatkan periuk dan kuali import terutamanya jenama Tefal. Anda boleh mendapatkan barangan ini dengan harga yang istimewa. Dijual dengan pelbagai saiz dan pilihan. Harga di sini tidak jauh beza di Pulau Langkawi, dan jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya, disini lebih murah. Periuk, kuali tempatan, toto dan bantalPeriuk belanga yang di jual di sini memang banyak. Bergantung kepada saiz, jenis dan kualiti. Jenama yang famous adalah periuk cap helang dan kuali cap buaya. Oleh kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan ini, seperti biasa survey terlebih dahulu. Toto dan bantal adalah barang yang berbaloi dibeli bila ke Rantau Panjang. Jenama toto yang paling famous dan berkualiti adalah Greentex. Selain itu anda juga boleh dapatkan jenama Sweeten dan Narita. Kualiti kain yang digunakan untuk toto jenama Sweeten kurang berkualiti berbanding Greentex. Jadi, sebab itu harganya lebih murah. Barangan kanak-kanakSemestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda. Barangan seperti ini mesti pilih yang masih baru kerana banyak yang warnanya sudah pudar kerana terdedah kepada panas akibat peniaga meletakannya diluar kedai. Makan-makan di Rantau PanjangApabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda. Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resipi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat membeli belah di Rantau Panjang. Bila berkunjung ke Rantau Panjang, tidak perlulah memperuntukkan masa yang lama untuk makan. Cukup sekadar makan dan minum untuk menambah tenaga dan membasahkan tekak sahaja. Kerana anda datang ke Rantau Panjang untuk shopping sakan bukan? Menu yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini adalah seperti mee celup, pulut ayam, baba ais krim dan pelbagai jenis 'lokcing' / hotdog. Barang yang anda dibeli kena cukai?Sepanjang penduduk tempatan yang kerap membeli belah di Rantau Panjang, tidak pernah pula ditahan oleh pihak Kastam walaupun nombor plat kereta penulis bukan plat Kelantan. Kalau ditahan pun mereka tidak pernah membuka bonet, hanya bertanya apa yang dibeli. Barangan yang dikenakan cukai adalah barangan buatan Thailand seperti toto, beras, pinggan mangkuk dan sebagainya (itupun jika dibeli dalam kuantiti yang sangat banyak dan dibeli secara borong). Jangan risau, kebarangkalian anda dikenakan cukai hanya sedikit sahaja. Sekadar beli untuk keperluan tidak mengapa. Kalau beli terlampau banyak pun, pandai-pandai la sorok-sorok sikit barang yang dibeli.
Peniaga cekik darahYa, sekarang ni heboh dikatakan pelawat mula merundum dan terdapat aduan dari pembeli terhadap segelintir peniaga mengenakan harga yang melampau semasa cuti sekolah. Alasan mereka, masa inilah peluang untuk kaut keuntungan lebih memandangkan orang dari luar Kelantan akan berpusu-pusu ke sini. Antara ciri-ciri peniaga sebegitu adalah seperti mereka susah untuk tawar menawar dan kurang mesra dengan pelanggan. Anda dinasihatkan tidak membeli di kedai seperti itu. Peniaga cekik darah, wajib dipulaukan. Untuk itu, perlu banding-bandingkan antara kedai ke kedai sebelum membeli sesuatu barangan.
Tips membeli belah di Rantau Panjang
|
You are subscribed to email updates from di rantau panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan