Rabu, 29 Februari 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Kerabu Bersuara: Kesian Kat Guru <b>Di</b> Kelantan. Sekarang <b>Di</b> Paksa <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 02:29 AM PST

Guru diarah hadir program Hassan Ali

Harakahdaily

KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.

Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

"Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD," kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini," ujarnya.

Mazlan Jemili: Tuan Guru Haji Abdullah Tahir <b>Bunut Payong</b>

Posted: 25 Feb 2012 06:37 AM PST

Salah seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek, Hj. Salleh Pedada dll.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads