03 di chiku - Google Blog Search |
Lembaran Sebuah Kehidupan: Hari Raya Haji 2012 - Part III Posted: 18 Nov 2012 01:53 AM PST Part I Part II Wallah... Nak raya haji pun nak berpart bagai. This will be the last part, i promise you. Cumanya kalau tak sibuk-sibuk cerita yang part 3 ni tak best la jugak. Sebab raya haji kan Hari Raya Korban. Maka hari ke-2 Hari Raya Haji ini merupakan hari kami (merekalah sebenarnya) geng-geng di kampung melakukan korban. Tumbang berapa ekor tak sure la plak sebab sampai kampung lambat skit. Lembu dah selamat terkorban. Kikiki... Oleh kerana bawak budak-budak yang eksited nak tengok lembu kena sembelih, atau pun macam lebih kepada orang dewasa yang eksited nak suruh budak-budak tengok lembu kena sembelih, maka kami singgah ke masjid tengok lembu orang lain kena korban. Seterusnya hanyalah entri bergambar... the 3 excited siblings nak tengok lembu kena sembelih. Icad sorang je yang dah mandi WuuU~~~ banyaknya darah... Lembu ini gagah. tak berbunyi. tak meragam. Muka serius masing-masing. Kakak ipar tak habis-habis menyelami perasaan seekor lembu. Iman pula tak lama lepas ni, dia menangis. Sesi sampai kampung lepas tengok lembu kena sembelih, terus buat keje. Sila kenalpasti pelakon-pelakon tambahan. Ini situasi sebenar mereka yang betul-betul bekerja pusat memproses daging lembu di kala anda melihat gambar ini, adakah terdetik di hati anda mengapakah ada ramai orang yang memproses telur? adakah memerlukan manusia seramai ini? sebenarnya hanyalah seorang daddy yang diperlukan untuk membuat kerja memproses telur tersebut. few kids trying to help (menyibuk) tak apalah... kanak-kanak ni kita galakkan aje. dah besau tak mo tolong, boleh libas dengan batang penyapu. pak ucu, with little zarif, minah salleh celups and me.. hahaha daddy sedang gigih memproses kuah mee rebus. daddy jadi main chef untuk buat mee rebus. i tell u, daging lembu yang segar baru lepas sembelih kemudian dijadikan kuah mee rebus, kesedapannya adalah tiada tandingan. wah.. kecur air liur kerana teringat sudah... daging yang telah diproses. my pak su nak buat nasik daging. and nasik daging dia adalah sedap tak tipu! adakah dia ini masih berlakon? yang tinggal usah dikenang. semoga dia bersemadi dengan aman. terima kasih kerana telah sudi dikorbankan. daging anda adalah sedap! Mak-mak dara dan anak dara di dapur. Bahagian memproses, menyiang, memotong dan megembala kambing. Sekian adalah enri bergambar. Gambar makanan yang telah siap adalah tiada kerana tukang amek gambar kata, bateri habis. Sambil saya malas mengeluarkan charger, saya kata, tak apalah. Maka tiadalah berjaya mengambil gambar makanan-makanan yang sedap marvellous itu. Maka anda harus redha. |
You are subscribed to email updates from di chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan