03 di bunut payong - Google Blog Search |
Perjalanan Hidup Tuan-Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan Posted: 20 Jan 2013 03:33 AM PST PENGUASA 1 / MUDIR Nama : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah. Tahun lahir : 1923M 1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939 2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942 3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940 4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun 5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953 -Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh. 1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir setelah kematian keduanya sehingga sekarang. 2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995 3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan 4. Menerima anugerah gelaran Dato' Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010 Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang. Pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh Kelantan BIODATA TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ BIN HJ ABU BAKAR Tarikh dan tempat lahir : Awal Ogos 1923M di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama' di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu. a. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri b. 1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji hingga darjah IV c. Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu d. 1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah e. 1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong f. Beliau turut belajar dengan berulang-alik ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu dengan mengayuh basikal untuk berguru dengan Mufti Hj Muhammad Nor b Hj Ibrahim disamping belajar dengan Dato' Hj Ahmad Maher dirumahnya di Medan Tuan Padang dan juga Kampung Puteh g. 1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan Antara Usaha dan Kata-kata Perangsang Daripada Ayahanda 1. Semasa kecil ayahandanya Hj Abu Bakar telah membawa beliau dan abangnya Tuan Guru Hj Mustafa untuk bertemu dengan Tok Kenali. Ayahandanya meminta agar Tok Kenali meludah ke dalam mulut kedua anaknya itu tetapi Tok Kenali tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak meludah ke dalam bekas air lalu diberikan kepada abangnya dahulu tetapi dia enggan. Air itu diberikan kepadanya lalu diminumnya kemudian diikuti oleh abangnya 2. Ayahandanya sentiasa mengintip anaknya ini pada waktu malam sepanjang belajar di pondok di mana anaknya dapat mengetahui tentang kedatangan ayahandanya selepas melihat adanya bekalan seperti beras, kayu api dan makanan lain yang diletakkan di atas tangga pondoknya 3. Semasa berada di Mekah maka ayahandanya sentiasa mengutus surat dan diantara kata perangsangnya ialah sebagaimana berikut : a. " Wahai anakku! Ayahanda tidak akan mengaku bahawa engkau alim sehingga engkau dapat mengajar dalam Masjidil Haram". Sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1953, beliau sempat mengajar di Masjidil Haram sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahnya b. " Ayahanda mahukan anakanda belajar sekejap tetapi dapat menandingi ilmu orang-orang lama walau pun terpaksa menghabiskan wang" - Beliau menunai permintaan ini dengan belajar lebih masa serta sanggup memberi saguhati kepada 4 orang guru sebanyak RM 25.00 setiap orang sebulan
Sakit dan Meninggal Dunia
Pengasas 1 Pondok Pasir Tumboh Kelantan Tuan Guru Hj Mustafa b Hj Abu Bakar Tempat lahir : Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama' di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu. Pendidikan a. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri b. 1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji c. Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu d. 1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah e. 1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong g. 1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan iaitu sehingga tahun 1953. Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Muhammad Yusof ( Tok Bangkok ) Tuan Guru Hj Muhammad Jebing ( Anak saudara Tok Kenali ) Tuan Guru Hj Ismail Perol Tuan Guru Hj Salahuddin b Awang Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong Tuan Guru Hj Yaakub Kelong Tuan Guru Hj Syihabuddin al-Mandili Mufti Hj Mohd Nor b Ibrahim ( Mufti Kelantan ) Syeikh Daud b Sulaiman al-Kelantani Syeikh Abdul Kadir al-Mandili Syeikh Sayyid Amin al-Kutubi Syeikh Yasin al-Fadani Syed Alawi Syeikh Ismail Kubang kali (Rantau Panjang) Membuka pondok Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama adiknya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya. 1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta. a. Aktif dalam politik kepartian dan pernah dibacarakan di Terengganu atas tuduhan mengajar tanpa tauliah oleh musuh politiknya di mana kes ini tidak selesai sehingga beliau menghembus nafas yang terakhir b. Suka mengumpul 40 jenis barangan besi yang berpangkalkan huruf 'Pa' seperti paku, Pahat. Dan lain-lain c. Membuat tasbih sendiri menggunakan kayu-kayu daripada pokok yang tidak mempunyai teras seperti betik, ubi dan sebagainya Sakit dan Meninggal Dunia Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984. Antara Murid-muridnya Tuan guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman(Mudir Pondok Pengkalan Hulu, Keroh, Perak) Hj Jaafar b Hj Muhammad, Madrasah Merbau Patah, Kuala Terengganu Tuan guru Hj Muhammad b Hj Ilyas, Pondok Bukit Keledang, Triang, Pahang Tuan guru Hj Husin b Ibrahim, Pondok Amir, Besut, Terengganu Tuan guru Hj Abdul Rahman b Awang Kecik, Permatang Jeram, Kubang Pasu, Kedah Tuan guru Hj Ahmad b Hj Amin, Pondok Sungai Baru, Alor Star, Kedah Tuan guru Hj Muhamed b Mat Diah ( Pengasas Pondok Beta Hilir, Kelantan) Tuan guru Hj Ghazali b Hj Abdullah ( Pengasas Pondok Tunjung, Kelantan ) Tuan guru Hj Awang b Yusuf ( Mudir Pondok Gelang Mas, Kelantan) YB Ustaz Hj Daud b Yusuf (Bekas ADUN Pasir Tumboh dan Timb Pemegang Amanah 2 Pusat Pembangunan Pondok Berhad) Prof Abdul Hayyi b Abdul Syakur , Pensyarah UM Ustaz Hj Zawawi b Hj Abdullah ( Mudir Taman Islam, Kemaman, Terengganu) Ustaz Mokhtar Senik ( Pondok an-Nur, Kuantan, Pahang ) YB Ustaz Taib Azamuddin ( Ahli Parlimen Baling dan bekas imam besar Masjid Negara) Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Hitam, Tanjung Bedil, Alor Star, Kedah Ustaz Ismail b Taib, Pondok Tembak, Kuala Ketil, Kedah Pakda Eil, Mudir Pondok Kerasak, Thailand. Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman @ Ustaz Mat Tendong MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH DARI TAHUN 2011 > SEKARANG Perjalanan Hidup Al-Marhum Tuan Guru Ustaz Hj Atiqullah Bin Hj Yaacob. |
You are subscribed to email updates from di bunut payong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan