03 di chiku - Google Blog Search |
Lembaran Sebuah Kehidupan: 2012 - 2013 Posted: 09 Jan 2013 01:54 AM PST cerita singapore masih belum sempat dihabiskan. kita kira hutang la k. cerita resolusi 2013 dan pencapaian 2012 masih berdraft dalam minda. too much things happen menjelang akhir tahun 2012. plan hujung tahun - kakak nak bersalin, dia balik ke Kedah, then saya nak siapkan tempahan kawan-kawan. tapi kita hanya merancang, Tuhan Maha Kaya. Dia yang menentukan. nasib baik dapat kawan-kawan yang sangat memahami. 24 Disember 2012 25 Disember 2012 26 Disember 2012. 27 Disember 2012 Maka hanya tinggal appa n omma di kedah sana. 28 Disember 2012 29 Disember 2012 oh My Mak! Balai Pelawat Hospital Alor Setar ni, orang merokok kat dalam tu! Padahal dah tampal No Smoking! No Brain betullah! Tapi daddy rileks saje baring dalam tu, maybe dah penat sangat kot. My bro dah tak boleh blah dah coz dia memang tengah batuk-batuk. Kami tido dalam kereta. Kamon la Kementerian KEsihatan please saman orang-orang kat dalam tu. The day yang kami sampai, daddy dan omma sudah kepenatan kerana telah berhari-hari di hospital. Alhamdulillah, i think i did make the right decision untuk tag along my bro yang nak balik tengok keadaan omma dan daddy. 7.00 am, menanti omma turun dari menemani adik di wad. she was trying to be tough. but she cried when she said adik nak makan, dia nak keluar hospital.tapi lepas makan dia muntah balik. i hug her and i was trying my best not to let my tears drop too. My sis sms me - dont tell mom. But baby suspected ada problem. dia muntah aje lepas susu. We spent the day at Hospital Alor Setar. 31 Disember 2012. 1 January 2013. 2 January 2013. (3.30 am) Abang ipar decide nak bawa Amin ke klinik. Kakak minta saya ikut abang ipar sekali. Sampai depan klinik, Amin sudah berhenti menangis, dalam ribaan saya, mata sudah terpejam. Saya tanya, Amin sakit perut lagi? dia angguk. Amin nak jumpa doktor? dia anggguk. Mengantuk tapi masih sakit. Abang ipar ambil Amin dah letak atas ribaan dia sambil berkira-kira untuk masuk klinik atau tidak. Actually Amin memang dari baby lagi kerap muntah sebegitu. Muntahnya bersembur macam pili bomba. Dah banyak hospital dan klinik pakar kanak-kanak mereka tanyakan, minta periksa keadaan Amin. semuanya kata Amin ok sahaja. cuma kena kawal makanan dia. "Kalau aku check dengan klinik ni, mesti dia cakap takde apa-apa jugak ni. Kita pergi hospital la." Dia serahkan Amin atas ribaan saya. and off we go to HKL. Kami masuk bahagian Kecemasan dan Trauma. Doktor terus check dia. Keadaan perut Amin masih keras. I was away, uruskan parking kereta yang park tempat ambulans. Abang ipar was with Amin all the time. Dia muntah masa tengah check. Amin terus warded. Alhamdulillah, doktor HKL dapat kenalpasti masalah Amin. laluan saluran makanan Amin kecil. sebab itu dia selalu muntah. Kali ini, saluran tu dah bengkak, jadi dah tersumbat. 5.45am, abang ipar suruh saya pulang dulu dengan kereta dia. 6.30am saya kembali ke hospital dengan my bro yang naik motor untuk pulangkan kereta abang ipar. Abang ipar maklumkan, Amin mungkin dibedah juga, but please dont inform your sister first. baby berseorangan di Hospital Pantai. Abang ipar menemankan Amin seharian di hospital. My sis masih belum tahu keadaan Amin yang bakal dibedah esoknya. She thought the doctor only nak check dan analisa Amin. Amin kena puasa 1 hari. Poor boy. petang pulang dari kerja, saya diminta jagakan Amin sebentar. Abang ipar berkejar ke rumah melihat keadaan kakak.my sis kata dia mengigil sejuk. Dia masih di rumah, tak tahu keadaan. Kami biarkan dia dapat rehat dulu. Amin bercucuk wayar sana sini. Rabak hati ni tengok dia. "Amin tak atit. Amin tak atit". kata dia. "Amin nak alik umah Amin." i just need to find ways to distract his attention. Malamnya my sis call. Dia baru tahu Amin akan operate esok. She insist to come. Dia pergi Hospital Pantai dahulu menjenguk baby. Dalam pukul 12 tgh malam, dia sampai untuk temankan Amin. Mata saya dah rabak sangat dah, tak larat nak drive balik rumah. Maka me n my sis tido sekatil tepi katil budak sakit. Saya tanya my sis, nangis tak masa tau Amin kena bedah? Dia kata, of course la dia nangis. Tapi dia kata, abang ipar pujuk dia, katanya, selama ni Amin asyik muntah je. Elok juga bagi dia. Selama ni tak tau punca. Kita patut bersyukur sekarang dah dapat tau punca dia. Untuk kebaikan dia jugak. T___T 3 January 2013 4 January 2013 - 8 January 2013 petang itu, mom and dad buat surprise. mereka turun ke KL tanpa pengetahuan kami. mesti diorang tau, kalau tanya, mesti kitorang tak bagi turun. They need their rest after few days taking care of adik kat hospital. Adik? dia pun kena heret sekali. Kasihan lepas operation kena travel jauh. 5 January 2013 6 January 2013 Petang tu Amin berak. dia berak while hugging my sis and i was sitting next to my sis. We were so happy that dia berak!!! 7 January 2013 mom, dad and adik pulang ke SP. 8 January 2013. Alhamdulillah... semoga mereka semua cepat recover. Amin had duodenal stenosis. and adik had duodenal atresia. both kena operate di perut. We make this not really joke but to just cheer things up. I am so geram the baby is so cute! Amin is all tantrum tak sure coz dia sakit or coz of kehadiran adik baru yang mencuri perhatian mamanya. Now, they are all at my house. kes Amin and baby is considered a minor case. Kalau lihat kanak-kanak lain, serius meruntun jiwa! semoga ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana bertabah dan disembuhkan anak-anak anda dari segala jenis penyakit. Semoga yang sakit cepat sembuh. Semoga yang sihat terus sihat. 10 January 2013 Semoga nothing serious with him. Semoga dia sihat dan baik-baik aja. semoga sembuh. semoga dilindungi kami sekeluarga. |
You are subscribed to email updates from di chiku - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan