03 di galas kelantan - Google Blog Search |
<b>Kelantan</b> temui 2 telaga minyak <b>di</b> daratan | Tongkat Ali Posted: 23 Jan 2013 11:00 PM PST Belum pun reda isu tuntutan royalti petroleum di perairan negeri Kelantan terhadap Petronas, Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa mengumumkan penemuan rizab minyak dalam jumlah besar di Kota Bharu dan beberapa lokasi berhampiran di Kelantan. Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik sebuah syarikat yang akan mengkaji secara sah kewujudan hasil bumi itu dan kelulusan berkenaan perkara itu dicapai pada Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam. Proses pelantikan syarikat berkenaan akan dilakukan dalam waktu terdekat. "Kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk melantik satu syarikat bagi mengkaji isu ini.
Husam berkata, beliau akan berunding dengan syarikat yang berkemahiran dalam perkara itu bagi mempercepatkan proses penemuan minyak di daratan negeri ini, termasuk mengguna pakai setiap undang- undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak tersebut. "Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,"ujarnya. "Kita mempunyai rizab daratan, sekiranya Petronas terus berdegil ia akan menjadi satu pertikaian baru dan Kelantan akan menggunakan semua instrumen yang ada untuk mengusahakan sendiri minyak di daratan ini tanpa mengambil kira kedudukan Petronas," katanya. Mengulas mengenai anggaran keluasan kawasan yang ditemui, Husam berkata, ia lebih besar dari rizab di lautan. "Saya tak boleh buat sepekulasi. Yang pentingnya adalah, Kelantan pada asasnya mempunyai rizab minyak di daratan," katanya. |
You are subscribed to email updates from di galas kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan