03 di jelawat kelantan - Google Blog Search |
Posted: 01 Jan 2013 04:56 AM PST Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SK Jelawat 2, 30 Disember 2012, satu taklimat khas Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) telah diadakan. Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti JPN Kelantan, iaitu Tuan Haji Zuni bin Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Kualiti, dan Encik Mohd. Ruslam bin Ab. Rahman telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan taklimat tersebut. Puan Hajah Anawiyah bt Abu Samah, selaku Penghulu Nita SK Jelawat 2, merangkap Pegawai Kualiti, PPD Bachok turut sama hadir. Banyak input berguna yang diperolehi guru-guru berkaitan penyelenggaraan fail secara sistematik merangkumi pengurusan-pengurusan panitia, jadual waktu, pengajaran dan pembelajaran, pencerapan, peperiksaan, hasil kerja murid, mesyuarat, maklum balas pelanggan, PSS, perkembangan staf, perolehan dan pembelian, serta bimbingan dan kaunseling. Di atas penerangan dan perkongsian yang amat berguna ini warga sekolah merakamkan berbanyak terima kasih. Semoga SK Jelawat 2 terus perkasa dalam pendidikan. Insya Allah. Pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti, JPN Kelantan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru-guru SK Jelawat 2. Tuan Guru Besar SK Jelawat 2, Encik C.M. Sabri bin Ibrahim menyampaikan cenderahati sebagai kenangan. |
You are subscribed to email updates from di jelawat kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan