Jumaat, 25 Januari 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Menarik <b>di</b> akhbar online SERANTAU – 26 Jan 2013 « <b>KELANTAN</b> <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 09:42 AM PST

KLIK PADA TAJUK AKHBAR UNTUK BERITA LENGKAP

Jangan persenda isu sensitif berkaitan agama: KPN

KUALA LUMPUR 2013/01/25:    Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan masyarakat tidak mempersendakan isu sensitif berkaitan agama atau perkauman yang boleh mencetuskan perasaan marah atau benci sehingga menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Beliau berkata setiap orang perlu menghormati sistem perundangan negara dan menerapkan nilai moral yang tinggi.  BERITA HARIAN ONLINE

Pesta sukan bendang meriah

SUKAN tarik upih mendapat sambutan kaum wanita sempena Pesta Sukan Bendang 2012

SUKAN tarik upih mendapat sambutan kaum wanita sempena Pesta Sukan Bendang 2012

KULIM 23 Jan. – Tidak semua sanggup bermandi lumpur apatah lagi dalam kalangan generasi muda atau bukan ahli keluarga pesawah.

Namun, sawah atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai bendang kini bukan sekadar penting untuk sektor penanaman padi malah boleh dijadikan tempat aktiviti riadah dan bersukan.

Tidak hairanlah, kawasan bendang yang lapang dan berangin gemar dijadikan tempat masyarakat bermain layang-layang atau wau.  UTUSAN ONLINE

Tubuh Pemerhati Pantau Diskriminasi Agama – OIC

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mencadangkan penubuhan badan pemerhati antarabangsa bagi memantau amalan tidak bertoleransi dan diskriminasi terhadap semua agama dan pengikutnya.

Setiausaha agungnya, Ekmeleddin Ihsanoglu, berkata hasil langkah tersebut, akan wujud pemahaman lebih baik terhadap masalah seumpama itu dan seterusnya akan menghasilkan respons antarbangsa yang lebih efektif dan bersepadu.  mStar Online

Permintaan tinggi ikan sungai

Adenan menunjukkan dua ikan patin muncung ditangkapnya.

Adenan menunjukkan dua ikan patIn.

JERANTUT – Kerja menangkap ikan sungai Sungai Tembeling menjadi rutin harian, Adenan Nipah, 56,  yang tinggal di Kampung Tempan, Hulu Tembeling di sini.

Adenan yang memiliki permit menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Pahang mengerah kudrat dan kemahirannya menangkap ikan sungai untuk menambah pendapatan keluarga dan membiayai persekolahan anak.

Menurutnya, kebiasaannya hasil tangkapan yang diperoleh adalah ikan patin, ikan jelawat, ikan temoleh, ikan lawang, ikan baung, ikan genahak dan spesies lain di perairan berkenaan. SINAR HARIAN ONLINE

Katak gergasi

Sungai Siput:    Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.

Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter  myMetro Online

Limau Ponkan dari Taiwan dilancarkan

Wakil Ekonomi dan Pejabat Kebudayaan Taipei di Brunei Darussalam, Albert Huang merasmikan .

Wakil Ekonomi dan Pejabat Kebudayaan Taipei di Brunei Darussalam, Albert Huang merasmikan .

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – Dalam masyarakat Cina, buah limau sentiasa menjadi hidangan wajib kepada pengunjung-pengunjung untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ini kerana menurut kepercayaan mereka, buah limau Mandarin adalah simbol murah rezeki, kemewahan dan kesejahteraan.

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, Kompleks Warisan Utamajaya Emporium & Supermarket Muara hari ini memperkenalkan dan merasmikan buah limah asli dari Taiwan, Miaoli County Ponkan di premisnya. MEDIA PERMATA ONLINE

Laluan ke pengangkutan awam akan lebih selesa

MUDAH DAN SELESA:

MUDAH DAN SELESA:

PEMERINTAH semalam mengumumkan program hampir $700 juta untuk menjadikan laluan ke sistem pengangkutan di sini lebih mudah dan selesa kepada semua pengguna, termasuk warga tua dan golongan kurang upaya.

Lebih banyak laluan pejalan kaki berbumbung akan dibina di semua stesen MRT, LRT serta pusat-pusat pertukaran bas.

Pemerintah juga merancang memasang lif di lebih banyak jejatas berdekatan bagi memudahkan pergerakan golongan warga tua dan kurang upaya.  CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Harga Ikan Masih Tinggi Akibat Nelayan Belum Melaut

 Kenaikan harga ikan.

Kenaikan harga ikan.

BANJARMASIN, KOMPAS.com - Harga ikan di sejumlah daerah di Kalimantan Selatan masih tinggi akibat banyak nelayan belum berani melaut. Di kawasan Tabanio, Kabupaten Tanah Laut, misalnya, harga ikan jenis tengiri saat ini masih berkisar Rp 60.000-R p 70.000 per kilogram.

"Sebelum terjadi gelombang tinggi harga tengiri masih berkisar Rp 35.000-Rp 40.000," ujar Imul, salah satu nelayan asal Tabanio, Jumat (25/1/2013).  KOMPAS ONLINE

Dunia Masih Gagal Mengatasi Perubahan Iklim

Beberapa anak melintas di dekat bangunan liar yang terendam air.

Beberapa anak melintas di dekat bangunan liar yang terendam air.

Kendati sudah 18 kali melakukan pertemuan sejak 1995, negara-negara maju dan berkembang masih gagal mencapai kesepakatan bertindak secara nyata menurunkan emisi gas rumah kaca (C02).

Akibatnya, sampai sekarang bencana terus terjadi di berbagai negara di dunia yang menelan korban jiwa dan harta benda. Menurut Dewan Nasional Perubahan Iklim (DNPI), 75-80 persen dampak perubahan iklim disebabkan kerusakan hutan dan alih fungsi lahan perkebunan di negara-negara berkembang.  SINAR HARAPAN NEWS ONLINE

Masalah bangsa bisa diatasi dengan agama

Peringatan Maulid Nabi

Peringatan Maulid Nabi

Jakarta (ANTARA News) – Masalah bangsa yang terjadi akhir-akhir ini termasuk bentrokan antara kelompok masyarakat dan sektor lain dapat diatasi dengan menerapkan contoh hidup sederhana dan ajaran agama, kata seorang akademisi.

Rektor Institut Agama Islam Negeri Raden Inten Bandar Lampung Prof Dr H Mohammad Mukri M.Ag. dalam ceramahnya pada peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW di Istana Negara Jakarta, Jumat malam, mengatakan Rasulullah SAW merupakan contoh yang sangat baik sebagai pemimpin.

"Nabi Muhammad SAW adalah sosok pemimpin yang mengajurkan sekaligus mencontohkan dan melarang sekaligus mencontohkan maka menjadi sosok yang terus diikuti oleh umatnya," katanya.  ANTARA NEWS ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads