Binaan

Masjid ini terdapat satu menara besar berbentuk bujur,empat menara kecil dan dua kubah besar yang indah tersergam. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang `sisip angin' di bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang pengudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat tidak bertiang yang merupakan ruang solat utama di masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat.Terdapat juga ruang solat tambahan yang diperbuat daripada batu marmar.Mihrab masjid ini juga berukiran kayu.

Kemudahan

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu. terdapat bilik mesyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan. Disamping itu, terdapat dewan terbuka yang dijadikan tempat mengadakan aktiviti kemasyaratan dan tempat berbuka puasa semasa bulan ramadhan. Pihak masjid menyediakan rumah kepada imam, bilal dan siak bagi memeudahkan mereka menguruskan masjid. Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung khas untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat juga tempat parking yang boleh memuatkan 20 kenderaan pada satu masa. Terdapat juga pengawal keselamatan di masjid ini bagi mempastikan keselamatan para jemaah.Kemudahan bilik air dan tandas turut disediakan oleh pihak masjid bagi yang ingin mandi untuk menyejukkan badan dalam perjalanan yang jauh bagi anak-anak Kelantan yang berulang alik menggunakan lebuhraya Jeli-Grik.

Keistimewaan

Masjid ini terdapat satu bangunan dimana di tingkat atasnya dijadikan sebagai tempat untuk kelas bimbingan al-Quran dan Fardhu Ain.Pada kebiasaannya di bulan ramadhan masjid ini akan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma kepada para jemaah.