03 di pasir puteh - Google Blog Search |
Kerajaan Pusat Baik Pulih 500 Rumah Penduduk Miskin <b>Di Pasir</b> <b>...</b> Posted: 17 Dec 2012 05:51 PM PST Posted on 18 December 2012. PASIR PUTEH, 17 Dis (Bernama) — Kerajaan Persekutuan melalui agensinya berjaya membaik pulih 500 rumah penduduk miskin di sekitar Pasir Puteh, melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata seramai 2,500 anggota keluarga terdiri daripada nelayan dan petani yang mendiami rumah tersebut, kini mendiami rumah yang lebih selesa. "1Malaysia Development Berhad (1MDB) membaik pulih 100 rumah nelayan miskin dengan peruntukan RM1 juta," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja membaik pulih rumah seorang penduduk miskin Yusuf Mamat, 78, di Kampung Tualang di sini, Isnin. Zawawi berkata, sebanyak 200 rumah lagi dibaik pulih di bawah kendalian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dengan perbelanjaan RM500,000. "Baki 200 rumah dibaik pulih melalui peruntukan di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di pasir puteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan